Followers

Friday, November 11, 2011

Bersihkan Skrin Laptop


Sama ada pc atau laptop, ianya mempunyai persaman iaitu skrinnya tetap mengumpul habuk dan kotor. Lama kelamaan ianya akan melekat dan sukar dibersihkan. Korang tak boleh gunakan berus atau tisu biasa. Gunakan air juga sudah tentu tidak dibenarkan melainkan korang memang dah bercadang nak beli skrin baru.

Untuk membersihkan skrin, cara terbaik adalah menukar background skrin kepada warna hitam dan sembunyikan segala icon yang ada kat desktop tu. Gunakan kain mikrofiber yang digunakan untuk mengelap cermin mata. Jangan kelirukan diri dengan mikrofiber dan karbon fiber. Karbon fiber tu korang nak buat bumper kereta bolehlah.

Lap perlahan lahan kain mikrofiber keatas skrin. Jangan tekan atau gosok macam korang nak basuh boxer. Karang tak pasal pasal korang beli skrin baru pulak. Untuk menghilangkan kesan degil, korang boleh gunakan pencuci khas untuk skrin.

Semburkan pencuci tu pada kain mikrofiber barulah dilap keatas skrin. Pastikan pencuci tidak digunakan terlalu banyak kerana ianya boleh meninggalkan kesan keatas skrin.Selepas dilap, biaukan skrin kering sendiri. Korang boleh mencuci skrin seminggu sekali untuk mengelakkan habuk melekat terlalu lama pada skrin.

4 comments:

shaFazie said...

betol2....
tq bro tips ini ;D

Alan said...

welcome kak jijah

Afzainizam said...

tak leh guna tisu lahh kan... kena guna kain tu juga baru hilang debu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hydro fuel system kereta

saida said...

Baguslah lah enri ni ! hehe btw,entri ni saya share ye,credit kat bro ^^.Jom visit saya ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...