Followers

Wednesday, October 05, 2011

Perang Salib Hingga Akhir Zaman


Satu perhimpunan dinamakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun), anjuran pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan sebagai membantah isu percubaan memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di negara ini.

Simbolik kepada acara itu ialah perhimpunan berskala besar lebih 1,000 NGO yang mewakili umat Islam bertempat di Stadium Shah Alam, dijadualkan 22 Oktober ini.

Pengerusi Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, program itu satu usaha untuk menzahirkan suara dan pendirian umat Islam di negara ini selepas beberapa siri percubaan memurtadkan umat Islam diadakan secara agresif dan terbuka sebelum ini.

Katanya, usaha Kristianisasi di kalangan orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah berkenaan semakin berleluasa tanpa sebarang bantahan dan sekatan daripada umat Islam.

“Mubaligh Kristian bebas memberi khidmat sosial kepada pesakit kronik di hospital, menganjurkan kelas tuisyen untuk anak orang Islam yang diwarnai ajaran agama mereka selain menyebarkan risalah secara terbuka di tempat awam,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Perang salib masih belum tamat. Ianya berterusan sehinggalah akhir zaman. Akhirnya Nabi Isa akan turun dan dibantu oleh Imam Mahdi barulah kita umat islam akan memenangi peperangan ini. Buat masa sekarang, jagalah diri dan keluarga masing masing. Tentera salib tidak semuanya muncul dalam bentuk askar sebaliknya muncul dalam bentuk hiburan, bantuan kewangan dan sebagainya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...