Followers

Wednesday, October 05, 2011

Blog Blog Blog


Akhir zaman ni terlalu banyak blog yang tumbuh bagaikan jerawat. Ada macam macam jenis blog. Ada blog syok sendiri macam aku. Ada blog bisnes jual tudung, ubat dan keranda. Ada blog nak hancurkan negara macam blog politik karut marut. Tak kurang juga blog tak takut neraka iaitu blog jenis suka buat cerita pasal artis dan blog informasi yang suka buat macam macam spekulasi kononnya freemason tu mengancam duit poket korang.

Tapi lebih menyayat hati apabila ada orang membuat blog semata mata mengharapkan duit iklan. Bila duit iklan tak naik naik, mulalah semangat dah hilang nak berblog. Padahal isi kandungan blog ntah apa apa. Bertambah bodoh bila main copypaste entry blog orang lain. Macamlah orang tak boleh kenal gaya penulisan dia macam mana.

Nak buat blog memang senang tapi nak bertahan itulah yang susah. Kalau bukan kerana minat, seseorang tak akan mampu bertahan lama dalam dunia blogger yang serba mencabar ni. Sedih bila aku tengok banyak blog yang terbiar apabila tuan punya diri dah hilang minat. Kadang kadang dah menjadi macam sampah pula huhuhu.

2 comments:

Aweyn said...

ada juga blog yg suka copy entry org.adoiyai..mcm2 blogger zmn skg ni

Alan said...

aweyn: ade ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...