Followers

Thursday, October 20, 2011

Hukum Orang Bercerai - Dunia Akhir Zaman


“Mengenakan tindakan yang lebih berat terhadap pasangan yang bercerai tanpa alasan munasabah tidak akan menyelesaikan masalah ini kerana ia perlu dibincangkan secara menyeluruh di semua peringkat bagi mengetahui puncanya.

“Jika kita melaksanakan hukuman berat tetapi tidak mengetahui punca masalah perceraian itu, ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana kita perlu mengkaji punca sebelum mengambil sebarang keputusan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas keputusan kerajaan negeri Kelantan yang sedia menimbangkan pelaksanaan hukuman lebih berat termasuk penjara atau sebat terhadap pasangan bercerai tanpa alasan kukuh.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri itu, Wan Ubaidah Omar ketika menjawab soalan tambahan Hassan Mahamood (Pas-Tawang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.

Apakebenda lah orang berceraipun nak dihukum. Dah takde keje lain ke. Dah orang tu yang berkahwin, duit kawin duit dorang, suka hatilah dorang nak bercerai ke tak. Kalau dah memang tercatat kat Loh Mahfuz yang jodoh dorang cuma sampai tahap tu, korang nak buat apa pulak. Nak marah dorang sebab bercerai?

Carilah kaedah lain yang lebih sesuai. Bodoh lagi mengarut je menghukum orang yang bercerai ni. Dorang bukannya buat dosa besaupun. Lepas ni kalau ada pasangan bercerai tapi tak buat report pada pejabat agama, jangan nak salah masyarakat pulak. Salahkanlah diri sendiri sebab suka buat undang undang bodoh.

1 comment:

Afzainizam said...

cerai tu diboleh kan tapi Allah tak suka...

tak elok cerai berai ni...

Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cari kereta terpakai proton perodua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...