Followers

Thursday, October 20, 2011

MyEmail.my - Kepentingan Email Dalam Masyarakat


Aku pasti diakhir zaman ini ramai anak adam yang memiliki emel. Dan aku juga yakin hampir separuh anak Adam yang mempunyai emel tidak menggunakannya sebaliknya hanya menggunakan alamat email terbabit untuk login kedalam website lain seperti FaceBook, Twitter, PornBook dan sebagainya.

Dan aku juga yakin kebanyakkan anak Adam terbabit menggunakan pelbagai nama yang pelik untuk alamar email terbabit. Tetapi pernah ke korang terfikir bahawa alamat email berkenaan juga kemungkinan besau akan digunakan untuk mencari pekerjaan.

Dalam budaya Malaysia, penggunaan email sebagai alat perhubungan aku rasa kurang. Kebanyakannya lebih suka bersms atau telefon terus. Tetapi dibarat, email digunakan secara meluas. Dan sekarang, penggunaan emeil didalam sektor pekerjaan semakin banyak digunakan. Dan kebanyakkan syarikat korporat besau akan menggunakan email untuk berhubung dengan pekerjanya terutama syarikat yang berpengkalan luar negara.

Dalam mencari kerja, bagi kerja serius, mereka akan meneliti semua yang ada pada diri korang misal contoh penampilan, resume dan juga kematangan. Dan sekiranya email korang menggunakan nama pelik atau panjang, mereka akan menganggap korang masih belum matang dan tidak serius.

Kata orang tua tua, penampilan pertama itulah yang penting. Begitu juga dengan email yang korang gunakan. Kalau korang mahu melakukan perniagaan, korang perlukan sebuah email dengan nama yang elok dan tidak terlalu panjang. Dan lebih baik jika berdomainkan Dot.com. Perniagaan yang menggunakan free email macam @yahoo, @hotmail atau @gmail menunjukkan perniagaan terbabit tidak serius atau tidak mempunyai asas kewangan yang baik.

Dan untuk mendapatkan nama email yang baik, korang boleh gunakan MyEmail yang disediakan oleh kerajaan secara percuma. Ianya diseragamkan menggunakan MyKad korang oleh JPN. Korang juga boleh menggunakannya untuk pendaftaran website kerajaan atau untuk membuat pembayaran bil.

Korang boleh lihat maklumat lanjut mengenai MyEmail kat FaceBook juga.

5 comments:

Mermaid Ungu said...

err..pornbook..errr

alan said...

ayunda: ko selalu bukakan kekekeke

Mermaid Ungu said...

hek ko..ahaha

Alan said...

ayunda: ko malu2 pulak hahaha

Afzainizam said...

uihhhh ayunda tengok blie kerrr...

leh tahan gakk ko ni..

Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cari kereta terpakai proton perodua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...