Followers

Monday, September 19, 2011

Pra Wedding Photoshoot


Akhir zaman ni, banyak benda benda yang suka dilakukan oleh umat manusia termasuklah aku. Antaranya adalah aktiviti blogging, maki hamun orang dalam internet, main FB lepas tu kutuk kutuk orang, kencing kat tayar kereta orang *aku tak buat haa*, pakai tudung bonggol unta, pakai tudung belit belit kepala, pakai sweater dengan seluar pendek lepas berjalan tengah panas dan banyak lagilah benda karut marut

Dan latest adalah pra wedding photoshoot. Dahulu benda ni orang cina je suka buat. Maklumlah bangsa tu semua nak jadi macam omputeh. Tapi sejak akhir akhir ni, orang melayu pun dah mula kemaruk nak buat sama. Aku tengok mula mula artis ler yang buat lepas tu mulalah diikuti oleh orang orang melayu bangsawan kaya raya bajet cun hot gitu.

Dan alhamdulillah trend ni masih tak masuk ke kampung kampung. Kalau masuk juga aku tak tahulah apa nak jadi pada orang melayu akhir zaman ni. Mesti ada orang yang labelkan aku benci benda benda gini. Tapi bagi aku sebenarnya benda ni takde masalahpun kalau korang banyak duit nak dibazirkan.

Cuma bagi aku yang agak kedekut ni, memang ler anti. Nak pulak kalau aku yang kena bayau semua ni. Jangan harap ler. Aku lebih rela nikah kat pejabat kadi je daripada kena buat majlis kawin ni semua. Buang masa buang duit hahahaha.

1 comment:

Afzainizam said...

nak weding ni trend sekarang memang buat giler-giler... kena pakai duit banyak... modal besorrr...

mungkin orang sekarang dah banyak duit kot...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...