Followers

Sunday, September 18, 2011

Lebai Malang

Korang tahu tak kisah Lebai Malang. Kisah seorang yang kehulu kehilir tetapi nasibnya tiada baik melainkan celaka sahaja. Korang boleh klik sini untuk baca kisah Lebai Malang.

Hari ini akupun sudah sama seperti Lebai Malang. Bezanya aku takdelah balik ke rumah telanjang bulat. Ceriteranya begini,

Tengahari tadi aku diajak oleh kawan aku untuk pergi lepak kopitiam di bandau Raub. Bandau Raub tu letaknya lebih kurang setengah jam perjalanan dengan kereta. Kiranya boleh tahan jauhlah dengan keadaan jalan yang macam celaka dan juga minyak petrol. So kitaorang pergilah. Sampai sampai je Raub, sekali kopitiam tu tutup pulak. Entah kenapa hari ni dia tutup. Oklah tu aku tak kisah sangat.



Disebabkan dah sampai jauh, so aku malaslah nak balik semula ke Bentong Town. Alang alang dah sampai baik minum je kat Raub. Aku teringat aku pernah singgah kedai makan dekat area Kg Gali Tengah. Itu kena jalan atas lagi dari bandau Raub. Kira dah start masuk jalan nak ke Temau, Lipis, Gua Musang.


Kitaorang pergilah ke kedai tu. Sekali kedai tu pun tutup juga. Adoii penat gila rasa drive tengah hari buta dengan perut lapau, sekali kedai tutup. Member aku cakap ada satu kedai dekat Jeram Besu dia pernah singgah. Aku tak tahu Jeram Besu jauh ke dekat so aku gerak je pergi kedai sana.

Sekali jauh gila Jeram Besu. Ada dekat 30 KM daripada bandau Raub dan 60 KM daripada Bentong Town. Perghh dah macam aku turun KL je. Aku turun KL pun tak sejauh tu. Yang bertambah parah sekali kedai itupun tutup juga. Rasa nak mencarut je tengah jalan.


Kalau ikut hati nak je aku terus ke Lipis tapi Lipis tu jauh sangat. Ada lebih 120 KM lagi. Minyak pulak dah tinggal setengah tank. Nasib baik ada gerai kecil tepi jalan buka. Kitaorang singgahlah minum kejap. Last member aku cakap ada kedai kat bandau Raub. Kedai buka sebab dia macam KFC jugalah. Aku dah rasa macam nak berguling tengah jalan. Drive 30 KM lepas tu patah balik semata mata nak cari kedai makan.

Nak tak nak kenalah patah balik. Lagipun dah takde bandau atau pekan selepas Jeram Besu. Balik bandau Raub, pergi makan kat kedai tu. Tengah sedap makan tiba tiba member aku teringat yang kedai nasi ayam kat tempat kitaorang ada buat open house. Kiranya dia buat makanan percuma.

Adoii sakitnya hatii!!! Drive gila gila kehulu kehilir lebih 60 KM cari tempat makan, last last ada orang buat open house dekat tempat sendiri. Tension aku tension !!! Tak pernah lagi dalam hayat aku drive kereta berpuluh kilometer semata mata mencari kedai makan. Hawau !!!!!

Ayuhai nasib fikir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.

Penat berkejar tidak terkira,
Kesana kemari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang kerumah mendapat mara.

3 comments:

Asrul Rae said...

haha. meh la datang kelantan. jumpa nik aziz mintak borang masuk pas. :P

alan said...

asrul: buat apa buang masa je hahaha

Afzainizam said...

uihhhh jauh bejalan ko yerrr ... kalau nak ke lipis tu perrggghhh jauh tu... nak ke raub pun jauhh... pasal aku dah lalu jalan tu... mmg jauh giler macam tak berbaloi pulak nak gi makan ajerr tu...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...