Aku dah lama nak buat entry pasal syiling ni tapi selalu tertangguh sebab malas nak ambik gambau duit tu. Tapi malam ni disebabkan mood aku ok, so aku rajin rajinlah diri.
Koleksi ini sebenarnya adalah daripada Bonda aku. Menurut ceritanya, duit ini dia jumpa semasa kanak kanak dahulu. Mungkin sekitar tahun 50an dahulu. Memandangkan aku waris lelaki terakhir, aku ditugaskan oleh Bonda untuk menjaga semua barang barang lama yang ada termasuk barangan tembaga, tanah dan rumah yang aku duduk sekarang. Sekarang ni aku nak cerita pasal duit syiling je. Barang lain nantilah aku cerita.
Part pertama yang aku nak ceritakan adalah koleksi duit yang paling lama aku simpan iaitu duit syling British. Yang pertama adalah duit keluaran 1927.
Dibahagian hadapannya tertulis STRAITS SETTLEMENT - 1927 - TWENTTY CENTS. Manakala dibahagian belakangnya tertera gambar King George dan perkataan GEORGE V KING AND EMPEROR OF INDIA.
Duit Straits Settlement ini mulanya dikeluarkan pada tahun 1845. Ianya dikeluarkan Syarikat Hindia Timur dan digunakan dimana sahaja tempat jajahan British. Pengeluaran duit ini dihentikan pada tahun 1935.(rujuk sini untuk maklumat lanjut)
Koleksi yang kedua pula adalah keluaran pada tahun 1954. Dibahagian hadapannya tertulis MALAYA AND BRITISH BORNEO - 1954 - TWENTTY CENT. Manakala dibahagian belakang adalah imej QUEEN ELIZABETH THE SECOND.
Duit ini digunakan sehinggalah pada tanggal 16 Januari 1969. (rujuk sini).
Ini adalah bahagian pertama mengenai duit syiling koleksi aku. Nanti aku updatekan bahagian kedua dan mungkin ada yang ketiga kalau aku rajin hehehe.
8 comments:
woah.
wang lama.
susah nak dpt
anisa: yup..bukan susah dapat cuma harga dia yang wat susah nak dapat hehehe.
bagus betul kalu back to the fuiture tu wujud. aku nak sangant balik ke zaman 1850-an tu.
masa tu East India Trading Company (atau kita panggil SHTI, syarikat hindia timur Inggeris) tengah naik. Vibran betul life masa tu.
Hobi kumpul dui ni bagus la kumpul duit lama. Dalam internet pun banyak jual tapi mahal la. haha.
klaka tak bila aku baca tajuk entry ni aku terbaca : Koleksi Syiling Puaka - Part 1
hahaha
ishhh duit lama ni ada nilai bukat takat harga tapi nilai sejarah tu yang buat beharga...
sebelum merdeka, Malaysia atau Tanah Melayu menggunakan mata wang Dolar dan ia turut digunakan di British Borneo merangkumi Sabah, Brunei dan Sarawak.
Pada 1901 hingga 1910, Tanah Melayu menggunakan mata wang dengan imej Raja Edward Ketujuh. Ia kemudian bertukar kepada dolar dengan gambar George V (1910-1936), George VI (1936-1952) dan Ratu Elizabeth (1952-1967).
lepas tu 1967 barulah Malaysia memperkenalkan mata wang dikenali sebagai Siri Parlimen dan ia kekal hingga 1988.
baik ko simpan...Nilai wang lama juga dipengaruhi oleh nilai mata wang semasa negara berkenaan. Sebagai contoh, duit negara seperti Britain dan New Zealand serta wang negara Eropah sangat tinggi nilainya berbanding wang kertas dari Iraq atau Afghanistan.
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin
asrul: benda ni boleh buat pelaburan
ayunda: ko pergi check mata haha
afzainizam: memang aku simpan :)
Post a Comment