Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.
Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.
Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).
Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi. Sumber: Kosmo
Kepala bapak kau berjambul. Main petik je korang ni. Apa ko ingat semua benda nak sama dengan black metal ke? Ko ingat Emo jilat jilat darah macam black metal ke? Budak ambik dadah? Hahahaha ini satu lagi perangai buruk korang. Semua benda buruk nak salahkan Emo.
Bab dadah tu, tak kiralah dia Emo, Skin, Punk atau xde join mana mana group pun boleh ambik dadah. Abis yang bersepah kat pusat serenti tu, Jamal Abdillah dulu semua tu Emo lah ye sebab ambik dadah? Bukan semua budak Emo ambik dadah yaii. Jangan cakap sebarang cakap.
Sex bebas? Hahahaha lawak adoii sakit perut aku siyall!!. Habis budak Skin, budak Punk takde seks bebas ke? Orang tua umur 50 60 tahunpun buat seks bebas sampai kena tangkap khalwat. Takkan dah tua tua itupun nak panggil dorang budak Emo juga hahaha.
Semua benda nak salahkan budak Emo. Ni yang wat aku betul betul Emo ni. Dressing baju gelap, seluar skinny, rambut sikat depan tu panggil ritual ke? Adoii mak aii betul betul sesat korang ni yaii.
Ni ler masalah mental orang lama. Sorry kalau aku panggil orang tua karang ada yang melenting so aku panggil orang lama. Lain kali jangan main petik je. Tangkap 3 4 orang budak sesat, terus nak chop semua budak macam tu. Itu dah kira diskriminasi / rasis.
Sorry kalau ada yang melenting dengan entry aku. Tapi ini blog aku. Aku adalah budak Emo. Dan aku tak buat semua benda benda karut yang macam korang tuduh dalam Kosmo hari ni. So aku nak ingatkan kat korang orang lama, jangan chop semua orang buat benda buruk.
Waima orang pakai jubah berserbanpun boleh merompak orang, bunuh orang macam kat Iraq tu. So jangan nak tuduh kami yang tak pakai normal macam korang semua dengan tuduhan buruk.
5 comments:
Budak emo tu ape?
uihhhh emo tu lebih kurang macam Goth lepas tu hibrid baru iaitu Emo, kira ada unsur vampirisme, kematian, tu yang dia doh hisap darah tu.. Gothic dan Emo sebenarnya bezanya hanya cara bermekap dan berpakaian.
cuma aku nampak sekarang ni anak Melayu kita bersikap mengagungkan budaya barat. Skinheads, Punks, Emo, Gothic, dan sebagainya. Namakan apa sahaja budaya semuanya diorang dah jadikan budaya dalam diri dia..
Skinheads dan Punks, mereka wujud kerana ingin memberontak atas ketidakadilan.aku teringat lagu dendangan The 4Skins iaitu A.C.A.B. Tertanam sudah dalam dijiwa akan perasaan benci akan polis.
Dan Emo ni pula yang aku perasan seolah-olah mereka yang diabaikan oleh ahli keluarga dan seolah-olah memendam rasa. mungkin masalah keluarga kot...aku teringat pulak lagu My Chemical Romance, Panic! At the Disco so itu mungkin menyebabkan mereka berpewatakkan sebegitu.
sebenarnya aku tak pasti budaya tersebut pasal zaman aku hanya ada budaya rock kapak ajerr...
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kawin
ayunda: budak emo = budak baik
afzainizam: no komen hehe
Mungkin pada anggapan anda bahawa orang yang cuba untuk memperbetulkan sikap, cara berpakaian, cara bergaul dan entah apa-apa lagi tu sesat, tapi pernah tak anda fikirkan bahawa anda HAMPIR nak sesat. Cara anda bercakap tu seolah membetulkan laporan KOSMO. Kalau orang lain buat perkara tak baik , takkan anda pun nak ikut dengan alasan "Habis, merekapun buat."
Tak kira apapun namanya, Emo ke, Skinhead ke (takkan orang yang tak de rambut secara semulajadi pun dikira skinhead ke?), semuanya adalah perancangan yang amat rapi dan halus oleh puak-puak yang membenci Islam dan merancang untuk membuatkan masyarakat Islam masa hadapan tidak lagi patuh kepada ajaran Islam.
Post a Comment