Followers

Sunday, September 04, 2011

Open House Adalah Private Party


Akhir zaman ini, sudah menjadi tabiat orang melayu dinegara ini yang suka menganjur Rumah Terbuka atau lebih dikenali sebagai Open House dihari raya. Aku tak pasti sejak bila tabiat ini bermula. Rasanya sejak 10 15 tahun yang lepas kot. Yelah sebab zaman aku kanak kanak tabiat ni tak ada lagi.

Pada mulanya tabiat ini bermula di bandau bandau besau dan kemudian merebak ke kampung kampung. Cuma aku rasa kampung pendalaman je tak mengikut lagi tabiat ni alhamdullilah. Bagi aku tabiat Open House ini kalau digunapakai di bandau besau macam KL aku rasa tak mengapa. Cuma yang tak sedapnya apabila ianya turut diamalkan di kampung kampung.

Misalnya dikampung aku ini aku perasan ada dua tiga buah rumah yang buat Open House tapi tidak mengajak jiran tetangga. Hanya mengajak set set geng sendiri. Dahlah tu, sampai jem jalan dibuatnya. Faham fahamlah jalan dalam kampung bukannya ada 3 4 line macam highway. Cuma satu line je.


Hari raya sebenarnya adalah hari terbuka untuk kita menerima tetamu. Kiranya itupun sebenarnya dah memang Open House. Tapi bagi orang yang buat Open House ni, maksud sebenarnya bukanlah benar benar open tetapi tertutup sebenarnya. Dia cuma mengajak sedara mara, geng geng dan kroni kroni dia je.Kiranya hanya tetamu tertentu sahaja yang dijemput.

Selepas ini istilah Open House lebih baik ditukar kepada Private Party. Itu lebih sesuai dengan kehendak tuan rumah yang hanya memilih orang tertentu saja untuk hadir ke rumahnya. Tak payahlah laungkan korang laungkan buat Open House tetapi hanya tetamu tertentu saja yang dijemput.

5 comments:

Afzainizam said...

Pada ketika ini kita semua sedang dalam keadaan suasana kegembiraan menyambut Aidilfitri. Berziarah dan kunjung mengunjung, membuat rumah-rumah terbuka, menjamu sanak saudara dan sahabat handai.

Begitulah kebiasaan atau tradisi kita menyambut lebaran. Semoga kita menyambut Aidilfitri ini mengikut seperti mana yang telah dianjurkan oleh syara’ dengan tidak mencemari dan merosakkan keimanan yang telah kita sucikan disepanjang bulan Ramadhan.

Antara perkara yang dianjurkan oleh syara’ itu ialah :-

Pertama – bermaaf-maafan, perkara ini bukan hanya dilakukan pada hari raya sahaja, bahkan sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa dengan seberapa segera, demi mengukuhkan ikatan persaudaraan agar terus menjadi erat dan mesra.

Kedua – kunjung mengunjung ( berziarah ) tanda persaudaraan dan silaturrahim. Mengujudkan hubungan silaturrahim ini merupakan salah satu yang dituntut oleh Islam bahkan dengan mengujudkan silaturrahim itu adalah jalan kepada hubungan dengan Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Al-Imam At-Tarmizi :- Maksudnya :-

Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya.

Dalam pada itu patut kita ingat bahawa dalam kita asyik mengadakan kunjungan itu, janganlah pula sampai tertinggal sembahyang atau melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-ajaran agama Islam seperti bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Ketiga – selain ziarah menziarahi di hari yang mulia ini, marilah kita sambut dengan cara yang berpatutan baik dari segi mengadakan jamuan, perhiasan, mahu pun pakaian, jangan sampai wujud pembaziran yang akan menyebabkan kita menanggung beban dikemudian hari. Hari raya ini bukan untuk kita menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga, akan tetapi hari raya adalah hari untuk kita meningkatkan hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wataala dan hubungan kita sesama makhluk.

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

enyheartsdiamond said...

hahahaaa! lawak ja entri ni walaupun macam serious ;)

Anonymous said...

private party tu untuk jaga kepentingan kot.

macam keluarga ke, rakan lama ke.

takkan la nak bagi duit raya sama banyak orang kenal dengan orang tak kenal.

Alan said...

eny: lawak ke huhuhu

Alan said...

asul: ini bukan soal duit raya..yang aku soalkan kenapa guna nama Open House sedangkan majlis yang dia buat adalah private party.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...