Followers

Friday, September 02, 2011

Raya Rabak

Semalam aku pergi bengkel. Saja nak tukar absorber Elisya. Dah lama sangat aku tangguh sebab takde duit. So bila raya ni dapatlah rezeki sikit. Tu pasal dapat tukar baru. Lagipun absorber lama tu dah lama gila rosak. Tak silap aku sejak tahun lepas. Bila drive pun dah tak sedap. Rasa macam nak putus dua je body keta aku tu.

Pergi kedai sparepart, survey harga dulu. Belek punya belek aku ambik ler jenama APM. Lagipun senang sama jenama dengan spring sport yang aku guna. Hargapun murah berbanding jenama lain. Aku ambik 1set depan belakang dapatlah RM220.00.






Lepas tu pergi bengkel tayar suruh dia tukar absorber tu. Tak silap aku datang kedai tu pukul dua lebih, kereta aku siap pukul 6.30 petang. Bapak lama aku tunggu kat bengkel tu. Dorang boleh bantai siapkan kereta lain dulu. Panas gila aku rasa.

Siap pasang dengan alliment lepas tu kira harga. Lagi panas aku rasa. Upah pasang RM60. Campur alliment, tukar sarung getah baru, tukar nat ntah apa apa aku kena RM136.00. Perghh mahal gila sial. Hambik kau raya ketiga duit aku kopak RM356 huhuhuhu.

4 comments:

Asrul Rae said...

Ingat abis sebab kasi duit raya kat budak2 tadi. haha.

Eh standard kat bentong kasi duit raya kat budak beraya tak kenal, berapa sekaran ni eh?

alan said...

asrul: dua ringgit je..membazir je bagi duit kat bebudak ni hahaha

Afzainizam said...

Sama lah kita aku pun repair kereta gakkkk.... tukar cermin kereta pecah kena batuuu.... adoohhhh melayang duit raya aku wehhhh....



------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

Alan said...

afzainizam: macam mana kena batu tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...