Followers

Saturday, August 20, 2011

Aku, Kau Dan Masa


Aku mula terfikir selepas melihat video diatas. Betapa banyaknya peluang yang telah aku terlepas didalam hidup ini. Bila aku teringat semula, sebenarnya ada banyak peluang untuk aku menunjukkan potensi diri. Atau sekurang kurangnya untuk melakukan sesuatu yang bermakna didalam hidup ini.

Aku dah sia siakan peluang semasa sekolah menengah selama lima tahun. Sia siakan peluang untuk mengucapkan perasaan hati ini kepada seorang amoi yang aku minat sejak dari tingkatan dua. Sia siakan peluang untuk belajau lebih baik sedangkan aku mampu mencapai kecemerlangan didalam SPM pada tahun 2001.

Aku juga mengulangi kesalahan yang sama semasa di kolej dahulu. Sia siakan peluang selama tiga tahun dengan tidak membuat aktiviti yang seronok. Life aku hanya kelas, rumah. Rumah lepas tu kelas. Tak ada nak lepak lama lama kat kolej selepas habis kelas. Aku banyak mendiamkan diri di kelas sedangkan perangai aku adalah gila gila. Mungkin pada masa tu aku rasa mendiamkan diri adalah lebih baik daripada membuat perangai gila. Tetapi perbuatan ni hanya menipu diri aku sendiri.

Sekarang aku menghabiskan sisa hidupku di kampung. Seyes kat kampung ni memang gila punya sunyi. Tak ada hiburan. Tak ada wayang atau bowling. Apatahlagi Mc'd. Sedangkan masa di Melaka dahulu segalanya ada dihadapan mata. Cuma aku tidak mengambil peluang untuk enjoy sepuas puasnya.

Sebenarnya aku rindukan masa lalu. Rindukan segala gala yang pernah aku ada tetapi aku tidak ambil berat. Aku anggap ianya sebagai enteng dan sekarang aku dah kehilangan semuanya. Benarlah kata orang tua tua, masa tidak akan dapat kita kembalikan walaupun dengan mengorbankan nyawa kita sendiri.

(Entry ini tidak ada isi yang berguna. Cuma keluhan hatiku sendiri disaat menghabiskan sisa kehidupan ini. Video tu aku yang buat sendiri. Semua kenangan di kolej dahulu aku abadikan didalam video berkenaan. Terima kasih sahabat semua kerana memberikan aku kenangan manis didalam hidup ini)

13 comments:

aShaBuLz said...

kalau diberi peluang memang ramai orang akan betulkan cerita lampau diorang. tapi tu la bro, kalau masa boleh diputar sesuka hati, manusia tidak akan belajar apa-apa tentang kehidupan.

Alan said...

betul tu...tapi teringin sangat nak balik ke zaman lampau hehehe

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

yuppp masa telah berlalu... yang pasti kita akan tempuh masa depan... mmg kalau boleh balik zaman dulu aku akan gunakan sepenuhnya masa yang ada dulu

Anonymous said...

efek sesuatu yang kita buat hari ni akan datang baru dapat tengok hasil.

Ieqa Swetluv said...

Masa yang lalu, memang x mungkin dapat diulang semua, hanya mampu menjadi satu kenangan sahaja. Tapi, selagi ada nafas, selagi ada nyawa, masih ada masa untuk menghargai hidup.. so, live your life k, hargailah masa yang masih ada dengan sebaiknya =)

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip penjagaan rantai motorsikal

Selangkah ke hadapan bererti kita maju kehadapan namun bila kita kenang langkah kita yang di belakang kita dah banyak pergi jauh... kita tak bole berpatah balik... langkah seterusnya harus lebih berhati-hati lagi agar masa depan tak disia-siakan

Mermaid Ungu said...

aku plg malas nk igt kisah lampau..buang masa bro..pandang depan pliz..

Blues Riders said...

itulah yang sedang BR cuba lakukan sekarang. untuk kembali ke masa lalu adalah mustahil, cuma boleh mengimbau segala suka duka yang kekal dalam lipatan sejarah..
..blues ada lagi..!

Alan said...

afzainizam: aku x suka masa depan sebab masa depan membuatkan aku semakin tua hahaha

Alan said...

asrul: yup betul tu

Alan said...

ieqa: hidup memang berharga kalau kita tak membuat rutin yang sama setiap hari..kalau setiap hari pergi keje balik keje,sungguh bosan

Alan said...

ayun: aku xsuka pdg masa depan sbb aku xde masa depan hehe

Alan said...

BR: zaman semakin berubah..suasana dah x macam dulu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...