Followers

Tuesday, August 02, 2011

Adakah Ini Yang Anda Mahu?


Antara kawasan paling suci dalam masyarakat India adalah sebuah pekan kecil Bodhgaya, tempat di mana 2500 tahun lalu, Gautama Buddha menerima 'wahyu'. Kawasan tersebut menarik jutaan pelancong saban tahun terutama untuk industri perhotelan dan agensi-agensi pelancongan. Bagaimanapun, kebanyakan penduduknya masih hidup di bawah paras kemiskinan dengan prasarana yang sangat teruk, seolah-olah kita kembali ke abad pertengahan.



Jalan-jalannya dipenuhi dengan sampah sarap dengan haiwan-haiwan tidak bertuan berkeliaran mencari makanan. Bukan lagi sesuatu yang menjanggalkan jikalau kita melihat kawanan lembu yang dianggap sebagai haiwan suci, babi liar bahkan kambing-kambing mencari makan di celah-celah sampah sarap.

Paling menarik ialah apabila tahi lembu merupakan bahan bakar utama di kawasan berkenaan.

Kebanyakan penduduk luar bandar di India masih menggunakan kayu api sebagai bahan bakar utama. Namun penggunaan tahi lembu kering jauh lebih utama. Di bandar-bandar besar mahupun pekan-pekan kecil, lembu berkeliaran di serata tempat dan najis-najis lembu boleh ditemui di mana-mana sahaja.

Najis lembu merupakan bahan api 'mesra alam' yang paling efisien, sekaligus mengurangkan jumlah pokok yang perlu ditebang. Selain daripada itu, sekiranya najis-najis lembu berkenaan tidak dibuang segera, besar kemungkinan sebuah pekan kecil boleh ditenggelami oleh najis lembu!!!

Dan bau najis lembu merupakan 'kesegaran' yang perlu anda hirup apabila anda berada di kawasan ini!

Sebuah kawasan yang bernama Puri yang terletak di pantai timur, merupakan bandingan hitam dan putih. Satu bahagian bandar tersebut merupakan kawasan perhotelan mewah dengan pemandangan indah pantai, manakala satu bahagian lagi merupakan kawasan perkampungan nelayan miskin.

Paling mengejutkan ialah apabila setiap orang penduduk kampung tersebut melepas haat mereka di pantai. Dan 'amalan' tersebut bukan hanya dilakukan di kawasan tersebut, malahan di tempat-tempat lain juga, di kawasan lapang sehinggalah ke kawasan bandaraya seperti Kalkutta.

Salah satu tempat yang paling terkenal di India adalah kota purba Varanasi atau Benares yang terletak di tebing Sungai Ganges, sungai paling suci dalam agama Hindu. Bagaimanapun, sungai paling suci itu juga merupakan sungai yang paling teruk tercemar dengan sampah sarap, sistem kumbahan dan segala-galanya semuanya dialirkan ke sungai berkenaan.


Sungai itu jugalah yang menjadi tumpuan para penziarah yang datang dari seluruh dunia, memberus gigi, membasuh muka, badan dan berenang di dalamnya. Dan biarpun Ganges dan Varanasi sangat kotor dan tercemar, kedua-dua tempat tersebut merupakan tempat terindah di India di mana ramai pelancong yang datang dan tinggal selama berbulan-bulan.

Bagi yang kurang memahami budaya 'asing' sebegini, Varanasi merupakan tempat persemadian terakhir dan yang sangat dicita-citakan oleh penganut agama berkenaan. Mayat dihanyutkan di Sungai Ganges merupakan antara 'sunnah' yang sangat ingin dikerjakan oleh mereka.






Sukar untuk kita yang penganut memahami tingkah laku serta budaya berkenaan. Mungkin bagi sesetengah kita, perbuatan tersebut dengan perbuatan yang dilakukan di tebing sungai oleh golongan yang masih hidup merupakan perkara yang menjijikkan, namun bagi mereka yang mempunyai keyakinan teguh, perasaan jijik bagi kita, bagi mereka adalah satu perbuatan suci!!!

Sumber: TFK

3 comments:

enyheartsdiamond said...

tahi lembu boleh menghasilkan gas methane :D

alan said...

eny: lepas ni boleh jual tahi lembu pulak hehehe

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip periksa kerosakan san servis radiator

Uihhh gelinyerrrr....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...