Followers

Tuesday, August 02, 2011

Gengster Sekolah Takut Mati


Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin.

Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.
Sebaik sampai di penjara terbabit 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.

Hahahaha pada muka korang. Konon gengster kat sekolah. Baru masuk penjara tiga hari dah menanggis. Gengster apa macam tu hahahaha Kena belasah dengan cota? Nampak sangat penipunya. Memang elok korang kena hantar kat situ. Baru korang berakal sikit. Ingat jadi gengster tu cool sangat ke.

Semua ni nak bagi korang insaf. Biar korang sedar awal awal. Jangan bila dah tua, korang tersilap jalan. Korang buat jenayah. Semua ni nak ajar korang jadi manusia. Bukan jadi bangkai bila dah tua.

1 comment:

Anonymous said...

PADAN MUKA... ELOKNYA PIHAK SEKOLAH AJAR BUDAK2 MACAM NIE.. MENCURI... PONTENG SEKOLAH... GENGSTER AND PEMBULI...(budak2 sekolah sahaja...) hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...