Lagu ni hits semasa aku tingkatan dua pada tahun 1998. Tak silap aku inilah album terakhir Noreen Noor sebelum dia hilang dari dunia seni tanahair. Feelingnya dengar lagu ni..Teringat zaman muda belia dulu dulu hehehehe.
Teka aku di mana :) |
Ketika diri merana
aku dihimpit sengara
tak ku sangka engkau datang bawa cahaya
menerangi jiwa ini yang kesunyian
Tidak pernah ku menduga
kan bertemu dengan mu
ku balut jiwa nan lara dengan kasihmu
ku lafaz ungkapan sayang cinta padamu
Hari ini engkau tahu
aku sangat setia sayang padamu
hari esok yang mendatang
sama-samalah kita pertahankannya
tak ingin lagi diriku
berendam air mata
tak mungkin lagi tidurku diulik mimpi derita
siang ku terbayang, malam ku merindu
hanyalah engkau sayang
bertahta di hatiku
Bawalah daku pergi.....walaupun ke mana saja
rela ku hambakan diri demi mu sayang
sudah dan senang kita
redah bersama
2 comments:
jaman Eddie Hamid wat lagu meleleh leleh.. ada yg sedap.. ada yg mcm nak hempas radio jer kalo dengar
shin: tau xpe kekekeke..x banyak lagu dia yang best..banyak buat senak perut je dengar.
Post a Comment