Followers

Thursday, July 21, 2011

Sabun Bronnley

Kali ini aku nak tunjukkan sebuah sabun yang tidak lagi dijual dipasaran tempatan iaitu sabun Bronnley. Mungkin sabun ini ada dijual di gedung membelibelah terkemuka di KL tapi yang pasti tidak ada dijual di Kampung Pisang.

Sabun ini dibeli oleh abang aku semasa beliau singgah di London di dalam perjalanan ke Rusia ketika mengiringi delegasi Tun Mahathir pada tahun 2001 dahulu. Adalah beberapa cenderamata yang lain turut dibeli tetapi kali ini aku tunjukkan sabun dahulu. Tak silap aku abang aku membeli dua buku sabun ini tapi yang satu lagi ntah mana letak. Aku malas nak cari hehehe.

Bronnley adalah satu jenama sabun terkemuka di England. Sejarahnya bermula sejak tahun 1884, dimana James Bronnley belajar membuat sabun di Paris dan akhirnya membuka sebuah syarikat H.Bronnley & Co Ltd. Maklumat selanjutnya boleh dilihat di website syarikat (klik sini)

Bahagian Hadapan Kotak

Bahagian Belakang

Sabun

Bahagian Belakang Sabun

Berharga 2paun 95 sen hehehe

Menurut Bonda, sabun ini ada dijual di Malaysia yang ketika itu masih dipanggil Malaya. Ini kerana ketika itu masih ramai orang British yang tinggal dan bekerja di Malaya. Oleh itu banyak barangan buatan England dijual disini. Dan ketika Bonda berkahwin dahulu, Bonda juga pernah mendapat hadiah sabun ini.

Sabun ini hanya disimpan sebagai tanda kenangan. Sayang nak guna hehehehe. Tetapi bau wanginya semakin hilang mengikut peredaran tahun.

16 comments:

Blues Riders said...

terbaik bro! simpan elok2 sabun tu sbgai kenang2an. di sabun pun ada seninya, sangat diminati oleh mak2 bonda gaya inggeris..

asrul rae x said...

Blues Riders +1

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra

uihhhh sabun kesayangan.... ni barang nostalgia tu yang bonda kamu simpan..... siap tanda harga lagiiii.... dahsatttt....

syahira ariff said...

kau mcm duta sabun broonley dah.

shaFazie said...

nk 1 leh tak?hahahahha

Alan said...

blues rider: memang simpanpun..susah nak dapat hehehehe

Alan said...

asrul: malas nak komen ke hehehehe

Alan said...

afzainizam: ni bukan bonda aku simpan ler..sabun ni beli tahun 2001

Alan said...

syahira: duta erkkk

Alan said...

shafazie:leh..leh blah hehehehe..beli lah sendiri :)

enyheartsdiamond said...

hadiahkan utk bakal menantu mak pulak lepas ni :D

asrul said...

bukan sebab malas meh. sebab keyboard rosak.

huhu. nak taip sikit jadi tak nyaman. Ni je baru boleh nie.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta

eeeemmm saLAH FAHAM PLAK AKU NI SABUN TAUN 2001 YERRR....

MADE IN ENGLAND ...BARANG IMPORT TU

Alan said...

eny: tak dapat ler nak bagi hehehe

Alan said...

asrul: rileks hehehe

Alan said...

afzainizam: yup england hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...