Selepas berita tu, Bonda aku ceritalah tentang kisah orang tua tua dahulu. Menurut Bonda, diwaktu kecilnya dahulu dia pernah diceritakan tentang mayat yang pulang selepas dikuburkan. Biasanya kerana ilmu yang dituntut ataupun kerana saka keturunan. Tetapi sekarang kejadian ini sudah tidak lagi berlaku. Aku juga tak pasti sama ada mayat balik ini dipanggil hantu bungkus ataupun pocong. Mungkin mayat balik ini kategori hantu lain kot.
Untuk membawa pulang mayat ke kubur bukanlah satu kerja senang. Hanya orang tertentu yang mempunyai kemahiran yang boleh menguruskannya. Untuk membawa pulang, mayat perlu didukung bertemu belakang. Bila dikebumikan semula, kuburnya dijirus dengan air yassin dan dibacakan yassin selama seminggu atau sebulan mengikut kesesuaian.
Ada petua sebenarnya untuk mengelakkan mayat kembali pulang. Antaranya adalah kubur perlu dibuat diseberang sungai. Dan untuk menyeberang sungai, perlu gunakan sampan. So bila dah kena seberang sungai, mayat tu kiranya tak bolehlah nak balik rumah dah. Tapi kalau mayat tu boleh berenang balik, aku tak tahulah nak buat camne hehehehe.
Mungkin pada generasi sekarang, cerita sebegini dianggap tahyul. Tetapi bagi mereka yang hidup dizaman sebelum merdeka dan tinggal dikampung terpencil, cerita sebegini bukanlah aneh. Semuanya yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t jua. Tidak ada yang mustahi bagiNya.
4 comments:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra
pernah dengar citerr tu... aku rasa si mati menuntut ilmu kebal kottt...
kat kampung aku pun ada kisah yang sama.... dulu zaman Jepun dok Malaya.... ada seorang penduduk kat kampung aku dah mati balik rumah.... di kebumikan kat kampung sebelahhh bersempadankan sungai besar....
rse nye pnh dgr gak..
tapi ayat nie mmg tk boleh blah
"tapi kalau mayat itu boleh berenang balik "hahaha
afzainizam:yup ilmu camni ada
shafazie: tol ke penah dengar hehehe..
Post a Comment