Followers

Monday, July 11, 2011

Perkahwinan Suatu Enigma

Kalau korang perasanlahkan, akhir zaman ni ramai sungguh umat manusia yang suka membazir untuk perkara sia sia. Antaranya untuk majlis perkahwinan. Oklah bab hantaran tu satu hal. Aku malas dah nak ulas panjang lebar. Karang ada pulak yang nak terjun jambatan atau bangunan SPRM.

Yang aku nak cakap sekarang pasal sanding pulak. Semua orang tahu sanding itu cuma adat. Hari tu aku pergi majlis kahwin kawan aku. Then ada sedara dia cakap, set pelamin dia saja dah cecah 3 or 4 ribu ringgit. Perghh mahal gila. Memanglah cantik pelamin tu. Siap ada lampu raya kelip kelip. Tapi hanya untuk duduk dalam setengah jam, duit beribu ribu hangus macam tu saja.

Gambau Hiasan

Bagi mereka yang berduit, memanglah cakap "alaa majlis ni untuk seumur hidup, biarlah janji puas hati".

Memanglah untuk perempuan harap cuma sekali seumur hidup dan untuk lelaki harap dapat berkali kali seumur hidup hehehehe. Tapi itu bukanlah alasannya.

Korangpun dah harap kahwin seumur hidup. Jadi mengapa perlu membazir duit untuk perkara yang tak berapa perlu. Untuk catering saja memang kos mahal. Aku faham kalau bab makanan memang mahal. Perempuan pulak ada yang upah makeup sampai 4 5 ratus ringgit. Itu belum campur kos fotografi yang juga boleh mencecah kos yang sama. Campur baju pengantin, hadiah untuk tetamu. Kalau sewa dewan pula dah berapa? Sewa kanopi khemah semua?

Cuba korang campur kos itu semua. Memanglah masa nak kahwin, masa nak seronok tak fikir itu semua. Tapi lepas kahwin mula mengelupur macam kena siram air panas. Lepas tu bergaduh laki bini. Lepas tu sepak terajang santau sihir semua. Lepas tu cerai. Hahahaha lawakkan kitaran hidup orang macam ni.

Sebelum korang nak kahwin, kira semula kos semua dan lihat semula budjet. Tak ada salahnya kita memotong kos yang tak perlu. Misalnya pelamin yang grand, yang megah tapi ianya berguna hanya untuk sejam lebih je. Tak berdosa kalau kita bersanding dengan pelamin yang simple. Tak ada cacat celanya.

Hendak pulak kalau pelamin je grand tetapi pengantin macam badut sarkas je. Memang sah rugi je duit pelamin tu. Ada pengantin macam tu. Aku pernah tengok. Kalau tengok pelamin macam artis tetapi muka dan body pengantin perghh bagai langit dan bumi bezanya lah. Memang tak sesuai langsung hehehehe.

Kalau buat majlis kahwin yang grand semata mata taknak orang mengata, lupakan jelah niat tu. Hidup kita tak mati dek umpat keji manusia. Lagipun manusia hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak pernah mengambil tahu susah senang hidup kita.

5 comments:

nelly said...

akad nikah tu yang penting .
:)

enyheartsdiamond said...

kahwin mmg seumur hidup, kalau my future hubby nak kawen lain, i bagi syarat dye tak boleh bersanding.. baru adil.. hiks :p

Alan said...

nelly: tau xpe

Alan said...

enny: kejamnya ko hehehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

eeemmm perkahwinan kalau anak orang kaya boleh lah buat grand2 tapi biar lah ukur baju sendiri... karang utang keliling pinggang lepas kawin nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...