Followers

Tuesday, July 12, 2011

Perempuan Senang Kena Kencing


KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.

Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.


“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit. Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.

“Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan ‘buaya darat’.

Sumber: Harian Metro

Hahahaha lawak dowh kes kes macam ni. Benda ni selalu sangat berlaku tapi masih ada orang bodoh yang pergi serah leher. Itu belum campur kes kena tipu ikut emel atau internet. Senang gila percaya pada orang. Ntah apa nak jadi akupun tak tahu. Akal ada tapi taknak pakai. Fikir guna kepala lutut akhirnya jadilah macam ni.

4 comments:

Anonymous said...

kalau jumpa gini OK lah. laki mulut manis, jenis ambik berat memang ramai orang suka.

tapi kena tipu internat takboleh blah tu.

haha.

alan said...

Asrul: hehehe tapi kesudahannya tetap sama..kena tipu hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

Eeeemmm perempuan insan yang lemahhhh.... kesian pulak kena tipu

Alan said...

afzainizam: hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...