Followers

Tuesday, July 12, 2011

Termenung Sejenak


Sejak tiada kawan lagi dalam hidup, aku dah ada habit baru iaitu duduk lepak kat kedai Mamak pada waktu petang dan malam. Biasanya kalau petang aku datang dalam kol 4.30 sampailah pukul 6 baru balik. Kalau malam dalam pukul 9 atau 10 sampailah pukul 11 atau 12. Malam minggu lagi lama sampai pukul 1 pagi lepas tu pergi layan race kereta sampai pukul 3 4 pagi.

Lepak lama lamapun bukan buat apa.Saja duduk tengok jalan dan kereta yang lalu lalang sambil layan mp3. Dulu aku rajin juga bawak netbook tapi bila fikirkan aku dok layan internet kat umah, takkanlah kat luarpun aku nak sangkut dengan internet juga. Dan sekarang aku penuhkan masa lepak aku dengan reading some book.

Duduk rumah bosan. Anak bini takde. Kawanpun tak ada. So lepak kat luarlah cara aku untuk hiburkan hati. Melihat gelagat orang kadang kadang menghiburkan juga. Ada yang jenis sembang tak ingat orang keliling terpekik terlolong. Ada yang duduk bila tengok tv dia layan macam kat umah je. Jerit sana sini. Lawak dowh. Ada satu group, boleh dikatakan 1Malaysia. Cina,india melayu lepak satu meja. Dorang sembang apa aku tak tahulah. Tapi semua orang tua tualah.

Melepak membuatkan aku ada masa untuk berfikir. Berfikir tentang masa lepas, masa depan dan alam sekeliling. Hem sebelum aku mula merepek baik aku stop sini dulu ^_^"

10 comments:

Anonymous said...

kenapa lepak sorang2? kawan2 mana? tak bosan ke lepak sorang2 dan lama2? ^_^

Anonymous said...

aku suka gi pasar malam. kau stop ja mana mana makcik, sembang dengan dia. silap dapat makanan free lagi.

well... ada makcik ni suka sangat tegur aku. terutama lepas aku tanya dia resepi buat air cincau (dia bisnes arir kat pasar malam. dia besar hati cerita. cuba lah, kau pegi mana mana gerai trhen bersembang.

Anonymous said...

wa kalo bosan...wa tido...huahaha

Alan said...

zuya: sebab kawan xdelah lepak sorang sorang.mana de bosan hehehe

Alan said...

asrul: aku bukan jenis peramah..aku tak reti nak berborak dengan orang apatah nak berborak dengan orang yang aku tak kenal.

Alan said...

ayin: takkan nak tdow 24 jam hehehehe

syahira ariff said...

pergila kawen
seyes tak sunyi

alan said...

syahira: mula mula best ler kawin lepas tu boring gak.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

uihhhhh aku pun selalu gak lepak kedai mamak ni.... pasaiiii nak tumpang tengok Astro lawan bola ajerrr..... pekena teh secawan tengok sampai puas Astro Mamak tu

Alan said...

afzainizam: kenapa mamak sinonim dengan bola. kalau kedai melayu popular cerita gusti hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...