Followers

Monday, July 11, 2011

Mencari Jalan Pulang

Blog Emo Boy sekarang ini sudah agak terbiar. Aku sekarang sibuk dengan blog yang lain sehingga mengabaikan blog ni. Tapi takpelah aku akan cuba mengemaskini selalu seperti dahulu.

Sebenarnya selain daripada sibuk dengan blog lain, aku juga boleh dikatakan tidak lagi hadir ke pejabat @ CC. Company aku sekarang menghadapi masalah kewangan yang serius sehinggakan aku sudah 3 bulan tidak mendapat gaji. Tahun lepas juga syarikat mengalami masalah yang sama. Semua ini berpunca daripada kegagalan sebuah Kementerian membayar projek kepada syarikat.

So bila dah tak datang pejabat secara sendirinya aku juga jarang menghadap internet. Inilah dilema aku sekarang. Nak cabut, sayang pulak kerja senang. Taknak blah, entah bila pulak gaji masuk. Aku bernasib baik sebab aku duduk kampung so memang aku tak pakai sangat duit. Anak binipun takde so lagi berlenggang. Aku cuma nak pakai duit untuk topop dan lepak minum je lah.


Sejak akhir akhir ini aku berkenan membaca sebuah majalah iaitu majalah GLAM. Baik GLAM edisi perempuan atau lelaki, kedua duanya aku suka. Cuma aku bengang sikit bila GLAM lelaki mencecah harga RM10 ringgit berbanding GLAM edisi perempuan yang cuma berharga RM8 ringgit. Tapi aku faham salah satu puncanya adalah kerana amat jarang pengiklan mahu menyewa iklan di majalah lelaki berbanding majalah perempuan. So bila iklan kurang, harga kena dinaikkan untuk menampung kos pengeluaran.

Majalah GLAM ni bukanlah majalah untuk remaja kebiasaan. Ianya lebih kepada fesyen popular dunia dan gaya kemewahan. Untuk orang yang tak berapa nak kaya macam aku, bila baca majalah ini cukuplah membuatkan aku rasa macam anak Bill Gate. Itu je sebenarnya. Nak beli barang barang yang dipromotekan, sampai tuapun aku tak mampu atau sanggup. Gila sehelai kemeja boleh mencecah 2 3 ribu. Nak mampus. Tengok gambau jelah hehehehe.

7 comments:

Asrul said...

kerja kontrak macam tu la bro. lebih lagi kalau ambik kontrak kerajaan. birokrasi bro.


ayah aku dulu ambik sub bekal ikan kelah untuk kajian marin di Univ Malaysia Terengganu.

setahun baru dapat bayaran. modal sendiri keluar, seksa hidup. nak buat pusing pun tak boleh. kena korban lah.

eh ko kerja apa mey? boleh juga tahan 3 bulan takda gaji.

Bunga said...

xpernah tau ada majalah ni..ehee

Alan said...

asrul: company aku tu dapat projek buat cc untuk rakyat..so kerja aku jagalah cc tu..handle bebudak main komputer.

ini bila company xde duit, internet dah kena potong.cc apa namanya kalau xde internetkan..so aku tutuplah.

Alan said...

bunga: adalah majalah ni huhuhu

syahira ariff said...

kalau keje kt cc aku pun syg gak nk lpas
keje best woooo

Alan said...

syahira: tau xpe hehehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

woooo dapat main internet free kalau tak kena potong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...