Followers

Wednesday, July 13, 2011

Burung Asrul

 

Hari aku takde topik nak sembang. Cuma bila teringat pasal cerita burung Asrul (klik sini) atau nama dia burung Kenyalang, aku teringat pernah juga lihat burung dia tu. Masa tu dihadapan umah aku ada hutan sikitlah. Lepas tu aku ternampak burung tu hinggap kat pokok. Masa tu tak silap aku masa sekolah rendah lagilah. Tapi aku cuma nampak sekor jelah. Mulanya aku pelik apasal burung Sarawak ada kat depan umah aku pulak.

Dan sekarang baru aku tahu burung ni ada banyak dikawasan asia. Maknanya bukan terhad di Sarawak saja. Tapi aku pelik kenapa hanya Sarawak yang jadikan burung ni sebagai maskot huhuhuhu. Dan tak silap rasanya burung ini termasuk kategori terlindung. Maknanya korang tak boleh suka suka tangkap, makan atau bela.


Bila sebut pasal burung, aku teringat satu lagi kisah burung yang popular dikalangan orang melayu. Tapi ini bukan kisah "burung" Anwar Ibrahim yang dikatakan besau tu hehehe. Tapi burung Cenderawasih. Ikut kata orang tua tua dahulukala, burung ini tinggal di syorga atau kayangan. Ianya hanya minum air embun. Apabila mati, jasadnya jatuh kebumi dan dikatakan tak reput.

Burung ini dikatakan membawa tuah. Sesiapa yang memilikinya boleh dijadikan pelaris. Sampai sekarang masih ada orang melayu yang berebut rebut membeli burung ni. Padahal burung ni cuma burung biasa. Takde mukjizat atau hikmah. Cuma ianya adalah makhluk Allah s.w.t semata mata. Tidak mendatangkan kebaikan atau kecelakaan kepada manusia. Kesian orang melayu kena kencing hidup hidup dengan bangsa sendiri.

6 comments:

enyheartsdiamond said...

tp burung cenderawasih tu cantik lah ;)

Anonymous said...

dey. ape burung aku ni. huhuh. prasangka.

:D

Anonymous said...

dalam sains, ade satu bidang dinamakan cryptozoology.

bidang ni kaji binatang lagenda. ada bukti kewujudan (penulisan, khabar angin) tapi takdak bukti saintifik. tak pernah jumpa fosil.

bianatang mcam king kong,kraken, garuda, naga tu masuk dalam kategori ni. ada bukti dalam budaya (tasik cini, China) tapi tak penah jumpa tulang pon.

aku rasa cenderawasih wujud. tapi masuk dlm kategori ni.

Alan said...

eny: burung tu memang cantik tetpi ianya spesis terancam. tak boleh tangkap atau bela..sebenarnya bangkai diapun tak boleh simpan..boleh kena saman nanti.

Alan said...

asrul: burung cenderawasih sebenar wujud. Ianya banyak di kepulauan New Guinea. Burung ni kat Malaysiapun ada dan spesis terlindung. so tak boleh bawak masuk sesuka hati. Kena ada permit.bangkai diapun sebenarnya tak boleh disimpan. kalau kantoi boleh kena dakwa kat mahkamah.

tapi bab kraken, garuda, naga tu semuanya mitos. itu semua berpunca daripada penemuan fosil dinasaur oleh orang zaman purba. so dorang buatlah cerita raksasa.

ala zaman moden inipun anwar ibrahim boleh kencing pengikut dia, takkanlah orang zaman dulu tak pandai reka cerita dongeng hehehehe.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

BURUNG cenderawasih yang dikatakan hanya menetap di awan, turut diburu peminat barangan ganjil serta pengumpul barangan purba kerana nilai seni serta komersialnya yang cukup tinggi.

Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.

Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.Mengikut dalam kitab - " Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ...Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia.

Ni semua suatu perbuatan khurafat yang nyata...wallahu a'lam ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...