Followers

Thursday, July 14, 2011

Burung Asrul Siri 2


Kali ni masih lagi bercerita tentang burung Cenderawasih. Dari manakah asalnya mitos burung ini kepada orang melayu? Mungkin berasal daripada sebuah kitab kuno iaitu kitab Tajul Muluk. Dihikayatkan didalam kitab itu mengisahkan seekor burung yang bernama burung Cenderawasih. Dari situlah munculnya cerita burung ini tinggal di kayangan. Kononnya burung ini adalah burung para wali dan hanya memakan embun. Dikatakan ianya mempunyai wangian yang sungguh harum.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dan bulu yang hitam menjadi bau ‘aiqiq’ dan batu-batu permata yang lainnya. Perghh kaya sapa ada bulu burung ni kekekeke.

Sejak itu muncullah bermacam cerita dongeng yang kadang kadang boleh buat bahan lawak. Kononnya kalau burung ni turun ke bumi, ianya akan mati. Dan apabila mati jasadnya tidak reput sebaliknya kekal sehingga ke hari kiamat.

Dan benar jasad burung Cenderawasih ni masih kekal tak reput sehingga ke hari ini. Sebab apa? Sebabnya badan burung ni dah kena awet hahahaha. Bengong orang melayu ni. Percaya sangat pada cerita karut. Difahamkan terdapat 43 jenis spesies cenderawasih yang dibezakan daripada beberapa ciri seperti warna bulu dan saiznya. Kebanyakan burung jenis ini berhabitat di kawasan hutan tropika dan banyak ditemui di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan Kepulauan Maluku.

Burung ni jadi mitos sebab ianya mempunyai keunikan berbanding burung burung lain. Bulunya berwarna warni berbeza dengan burung lain. Bulu ekornya panjang berjuntai. Apabila ianya terbang, kelihatan sungguh cantik dan megah. Sebab itulah bermacam kisah karut muncul. Padahal burung ni cuma burung biasa. Bukan burung dari syorga atau kayangan.


Disebabkan cerita karut, burung ni diburu sampai nak pupus. Menyeludup dan memiliki burung cenderawasih adalah satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 68, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (pindaan 1988) yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,

Meh aku ceritakan satu kisah asal hikayat burung Cenderawasih :

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir’atul Haya’. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta’ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil’alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu’allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling ‘Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau ‘aiqiq’ dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Hahahaha sebab cerita karut lagi syirik inilah orang melayu dikencing sampai berhabis beratus ribu ringgit semata mata nak dapatkan bangkai burung. Kesian wakakakaka.

2 comments:

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

Burung Cenderawasih dari spesis burung Paradiseidae adalah burung yang tercantik di dunia...mempunyai bulu yang berwarna-warni yang indah dan menarik sehingga disebut "burung dari syurga" kerana keindahannya.... walaubagaimanapun ada segolongan manusia yang benar-benar percaya burung ini berasal dari syurga.... saat kematiannya, burung ini akan turun ke bumi.... bangkai burung ini dijadikan azimat... suatu perbuatan khurafat yang nyata...
Hakikat sebenarnya... burung ini boleh ditemui di hutan belantara Papua New Guinea dan Irian Jaya, Indonesia.

Syurga adalah alam ghaib .... mustahil binatang-binatang dari syurga akan turun ke dunia di saat kematiaannya .... ada orang sanggup membeli sehelai bulunya untuk dijadikan azimat .... jauhilah perbuatan syirik .... burung ini juga makhluk Allah yang tidak boleh memberi kesan apa-apa... cuma keindahannya dijadikan Allah supaya kita berfikir tentang kekuasaan Maha Pencipta... wallahu a'lam ....

Alan said...

afzainizam: tau xpe..burung ni cuma burung biasa..tapi ramai yang percaya kononnya burung ni bawa tuah.

try google mesti jumpa orang nak jual burung ni hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...