Followers

Thursday, June 16, 2011

Website Kerajaan Kena Serang - Memang Bodoh


Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.

Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing. - Harian Metro

Hehehehehe lawak gila kentang bila website kerajaan ni kena serang. Aku tak pelik sangat kalau bebudak ni dapat ceroboh masuk. Kalau korang lawat website kerajaan, website dia memang hampas. Dah lah kena pakai IE. IE atau bahasa kampung dia internet explorer memang hawau. Bagi mereka yang hardcore komputer, menggunakan IE menjadi satu kepantangan.

Website kerajaan tu pulak kadang kadang sampai bertahun tak update. Info berterabur. Link berterabur. Warna macam hawau. Menyakitkan hati je tengok. Lebih baik tak ada daripada ada. Tapi kalau tak ada website, tak dapatlah kroni kroni buat duit betul tak hehehehe.

Lagi satu website harian Metro ni. Inipun hampas juga sekarang. Cukup payah nak akses. Kena refresh banyak kali. Lepas tu iklan berlambak dah macam pasar borong. Betul betul kapitalis website sekarang.

3 comments:

Anonymous said...

kes terbaru, cronisme. menteri pelancongan lulus 1.6mil untuk bikin 6 akaun facebook kementerian pelancongan.

baca kat blog DinMerican.

Alan said...

asrul: akupun ada baca pasal kes ni. tapi kementerian tu cakap 1.6 mil tu bukan untuk fb sahaja tetapi diberi untuk kegunaan program dan kempen pelancongan lain.

entahlah akupun tak tahu sapa betul sapa salah.kalau setakat menuduh, anwar ibrahim pun pandai menuduh orang lain hehehehe.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku

uihhhh banyak tu wang keluar.... 1.6 mil tu macam macam boleh buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...