Followers

Thursday, June 16, 2011

Koleksi Seram Part 3

Ini adalah part terakhir didalam entry Koleksi Seram. Kali ini membabitkan buku cerita hantu dari pelbagai pengarang. Kiranya buku buku ini takdelah sefemes buku Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah.


Kebanyakkan buku ini tidak mempunyai jalan cerita yang menarik. Lebih kepada cerita dongeng atau fantasi pengarangnya sahaja. Tapi sengaja dibeli kerana minat terhadap bacaan sebegini.



Tetapi ada juga yang menarik seperti buku "Rumah Puaka". Ianya mempunyai pelbagai cerita didalamnya. Tapi aku rasa ceritanya mungkin diambil daripada Indonesia sebab nama tempat dan jalan ceritanya berlainan daripada kebiasaan pengarang Malaysia.

Buku "Beristerikan Hantu" juga mempunyai pelbagai cerita pendek didalamnya. Ceritanya lebih kepada di negeri kelantan atau lebih tepat dikawasan siam. Suangi II tu sebenarnya buku bahagian kedua. Buku tu aku jumpa semasa menyelongkar sebuah rumah tinggal. Sayang aku tak jumpa buku bahagian pertama dan ketiga. Sedap ceritanya. Tak silap aku ianya terbitan Fajar Bakti.

Sejak Kerajaan mengharamkan penerbitan filem seram suatu ketika dahulu, penjualan buku buku sebegini juga seakan akan mati bersama. Sekarang aku berharap agar ada mana mana pihak mengeluarkan kembali buku bercorak seram sebegini.Aku pasti akan membeli sekiranya ianya dapat dijual kembali.

Klik sini untuk baca part 1

Klik sini untuk baca part 2

6 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku

uihhhhh nampaknya ko begitu fanatik betoi tang buku seram ni.... banyak koleksi ko yerrr

Bukti kewujudan Jin dan syaitan

Allah s.w.t berfirman:
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr: 26-27)


Dan berfirman Allah taala ketika menyuruh mereka sujud kepada Nabi Adam:
Berkata "apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada adam) di waktu aku menyuruhmu?" menjawab iblis, "saya lebih baik daripadanya: engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."
(Surah al-A'raf: 12)

Asrul.Rae said...

hehe, banyak duit ko beli buku.

nama anjang aki tu aku ingat. salah satu cerita dia best, perihal anak bajang. macam tangkal, dari brunei untuk kasi orang jadi bertuah.

buku zaman tu aku ingat harga rm2.00 je senaskhah, kan?

Alan said...

afzainizam: dah minat hehehee

Alan said...

asrul:takdelah banyak sangat.kumpul sikit sikit. harga dulu dalam rm3.50. 2 ringgit mana ada. lepas tu naik sampai rm7 ringgit.

Asrul.Rae said...

papa aku selalu beli tu rm2. agaknya kau punya cetakan yang banyak dah. papa aku punya cetakan pertama, sebab tu masih murah kot.

satu perkara uang aku suka, pasal kualiti kertas dia. dia pakai kertas coklat tu, ringan. sedap baca sambil baring, kalau novel pakai kertas coklat tu.

novel leni pakai kertas putih, jadi berat. haha nak baca sambil baring-baring tak boleh, lenguh lengan woo..

Alan said...

asrul: mungkinlah sebab kalau keluaran tahun 80 an harga dia murah lagi.

kertas coklat jenis kertas murah. sebab tu harga bukupun murah..tapi kalau dah murah kualiti dia sendiri fahamlah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...