Followers

Saturday, June 11, 2011

Koleksi Seram Part 2 - Tok Awang Ngah (Berkelahi Dengan Syaitan)

Buku koleksi daripada Tok Awang Ngah adalah antara yang aku minat selepas Tamar Jalis. Aku ada dalam 23 buah buku daripadanya. Ceritanya lebih kurang macam bersambung juga seperti Tamar Jalis. Cuma kena rajin carilah.



Kisahnya mengenai seorang ustad yang mempunyai kebolehan didalam merawat pesakit. Tetapi cara yang digunakan unik iaitu menggunakan pengubatan secara tidur. Aku pernah bertanya kepada orang tua tua mengenai cara ini. Jawapan mereka memang ada. Tetapi memerlukan jiwa yang bersih dan juga amalan seperti zikir dan solat malam yang berterusan. Sesuatu yang sukar aku nak buat hehehehe. Ingat senang ke nak bangun tengah malam sembahyang tahajud selepas tu berzikir sampai subuh dan kena buat setiap hari.




Cerita didalam buku ini mengambarkan suasana diwaktu dahulu. Mungkin ditahun 50 atau 60an. Lokasi cerita juga banyak menyebutkan nama tempat di negeri Pahang membuatkan aku sedikit merasa bangga hehehehe. Kalau korang baca buku ini, korang akan faham bahawa syaitan itu mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan manusia. Dan melalui buku ini aku belajau untuk meminta pertolongan hanya kepada Allah s.w.t semata mata. Berdoa dan berserah kepadaNya, insyallah syaitan tidak akan mampu menganggu kita.

Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.- Surah Al-An’am ayat 71,

Untuk membaca Part 1 sila klik sini

3 comments:

Naisophon said...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm

http://tamarjalis.blgspot.com/

Sori, busy bos.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم

http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sejarah mitsubishi lancer dan enjin mivec

uihhhh best gak koleksi tok awang ngah ni .... aku ade baca beberapa jilit termasuk lahhh katak kluar dari mulut... eeeemm mmg mistik...

zairul said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...