Followers

Friday, June 10, 2011

Koleksi Seram Part 1 - Siri Bercakap Dengan Jin

Entry ini aku buat kerana blogger Asrul yang mengidam nak baca buku Tamar Jalis iaitu siri Bercakap Dengan Jin. Dia punya google akhirnya tersesat sampai ke entry aku yang lama hehehehe. Tapi sorrylah aku takde masa nak taip semua cerita yang dalam buku ni. Kerja gila wooo. Nak scan pun susah sebab buku ini kebanyakkannya dah uzur.

So akupun buatlah entry yang baru. Kali ini aku tunjukkan semua koleksi yang aku ada. Buku buku inilah antara harta aku yang amat bernilai bagi aku. Walaupun harganya tak mencecah ratusan ringgit tetapi dari segi nostalagia, ianya amat bernilai.



Ini adalah buku siri pertama Bercakap Dengan Jin. Cetakan yang kedua pada tahun 1984. Kiranya umur buku ini sudahpun sebaya aku. Aku tak tahulah kalau masih ada orang yang mempunyai salinan seperti ini. Ini dah kira koleksi yang "rare". Spesis terancam lah juga.




Antara cerita yang ada dalam buku pertama adalah "Manusia berkepala anjing" dan juga "Toyol jadi jadian". Ilustrasi yang ada didalam buku pertama juga unik kerana gaya seperti ini sudah tidak lagi digunakan untuk buku masakini.




Ini adalah kesemua koleksi yang aku ada. Aku ada buku nom 1 tetapi nombor dua tak ada. Tak pernah baca buku nombor dua. Dalam simpanan aku sekarang ada nombor 3,4,5,6,7,8,9,10,14,15 dan 16. Rasanya nombor 11,12 dan 13 dahulu ada tetapi dah hilang entah kemana.

Dan semua koleksi ini aku tak jual. Benda seperti ini amat susah hendak didapati sekarang. Tetapi kalau ada sesiapa yang mempunyai koleksi tamar Jalis dan hendak menjualnya, aku nak beli hehehehe. Aku ada lagi mempunyai buku cerita hantu yang lain. Nanti aku sambung lagi cerita ini.

5 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
sejarah honda civic ej @ ek

warrgghhh dulu memang buku febret ... mmg suka baca buku kisah seram ni.... tapi tamam jalil buat cerita ni ikut pengalaman semasa ikut datuk dia... mmg terbaikkk...

Mermaid Ungu said...

ok..confirm aku x nk kawan ngn ko..ko menyeramkan..huhu

Alan said...

afzainizam: buku yang pertama sampai 10 best..tapi nom 11 sampai keatas dah macam melalut je rasanya.

Alan said...

ayunda: aku mana de bela hantu hehehehe

Blues Riders said...

tamar jalis merupakan seorang penulis yang 'misteri'. dipercayai beliau tinggal di slim river, perak.

kronologi peristiwa serta nama2 tempat dalam daerah batang padang seperti yg diceritakan memang benar dan sahih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...