Lebih zalim, lelaki berusia 30-an dan bertugas di sebuah hospital di sini turut menggunakan kerusi plastik untuk membelasah datuknya berusia 85 tahun hingga tulang pergelangan tangannya retak.
“Hancur luluh hati makcik kerana bukan saja dilayan seperti hamba di rumah sendiri, malah dimaki hamun, termasuk dipanggil ‘babi’ jika lambat memasak atau melakukan perkara tidak disenanginya.
“Namun paling menyedihkan apabila cucu yang dibesarkan dan dibelai penuh kasih sayang seperti anak sendiri sejak kecil hingga dia berumahtangga, sanggup mendoakan supaya makcik ‘mampus cepat daripada terus menyusahkan hidupnya’,” kata Mariam Puteh Nekmat, 71.
Dalam keadaan sebak dan berlinangan air mata, Mariam berkata, dia tidak tahu apa dosa atau kenapa cucunya bersikap sedemikian dan masih tidak berubah walau sudah berumahtangga. Katanya, beliau dan suami, Ahmad Idris, 85, tidak pernah berkasar, malah membela cucu mereka ibarat menatang minyak yang penuh sejak kecil hingga sanggup berhabis duit dan bergadai harta benda.
Menurutnya, segala kos sara hidup, termasuk perbelanjaan serta yuran persekolahan cahaya mata anak perempuan sulung mereka, ditanggung sepenuhnya oleh beliau dan suami.
“Saya pernah melakukan pelbagai kerja demi menampung pendapatan suami yang tak seberapa sebagai pekerja am rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk memastikan dia hidup seperti kanak-kanak lain dan mendapat pendidikan secukupnya.
“Kehidupan kami semakin sukar sejak suami bersara kira-kira 22 tahun lalu apabila wang pencen yang diterimanya selepas ditolak semua hutang, hanya berbaki RM1.05,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Meru 2C, Jelapang, dekat sini, semalam. Sejak saya tidak dapat bergerak dan terpaksa memakai lampin pakai buang, perangainya semakin zalim apabila menyepak terajang saya setiap kali anginnya tidak baik atau tidak puas hati dengan perkara remeh berlaku di rumah.,” katanya.
“Kali terakhir saya dibelasah teruk ialah sebelum dia keluar rumah apabila dihempuk dengan kerusi, menyebabkan pergelangan tangan kiri retak. Kecederaan mungkin bertambah teruk jika neneknya tidak memeluk saya dan menahan pukulan itu dengan belakang badannya,” katanya.- Hmetro
Orang melayu ni kalau tak ada anak / cucu jahat memang tak sah. Akupun tak tahu kenapa. Mesti ada something yang bermasalah kat dalam kepala otak. Makcik ni patut buat report polis lepas cucu dia belasah. Itulah akhir zaman ni jangan baik sangat dengan orang. Nanti orang pijak balik kepala.
7 comments:
kesian sgt kat opah dan atuk tu :'(
p/s: kalau nak menang, kena lah masuk kontes :p
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
Jom Terjah entry terbaru ??
modifikasi proton satria
yuppppp apa punya cucu lahhhh.... mmg kesian pada atuk nenek tu
sape la yg malang kawin ngn cucu biadap tu..malang2..
Eny: alaaa x minatlah nak masuk kontest :)
afzainizam: kes ni makin rumit bila cucu dia cakap nenek dia saja buat cerita.
ayunda: tau xpe.
cerita pukul memukul semua nie , cerita dah berlaku lama dah , dh bertahun lepas
- jiran yg berhampiran dgn rumah opah nie -
Post a Comment