Followers

Tuesday, May 10, 2011

PDRM Saman Peniaga Macaron?


Malam sabtu lepas sebelum aku dengan geng start racing kat litar batu 7, kitaorang lepak kat mamak. Member aku cakap saman ekzos sekarang dah RM2 ribu. Terkejut jugak aku. Gila ke nak saman ekzos saja sampai dua ribu.

Then tadi aku surf internet cari betul ke maklumat tu. Setahu aku, baru baru ni memang kadar kompaun trafik PDRM, JPJ dengan DBKL dah diseragamkan. Tapi bila aku belek, aku telek, tak ada pulak dia cakap saman ekzos sampai dua ribu. So aku kira semua ni cuma cerita khurafat je lah.

Lagipun memang gilalah kalau nak saman ekzos sampai dua ribu. Kalau pihak berkuasa nak buat juga, memang sah Kerajaan akan ditumbang pada pilihanraya akan datang. Dan kalau dia nak samanpun, ada jenis ekzos juga. Bukan semua ekzos dia saman.

Setahu akulah, jenis yang JPJ pantang adalah jenis ekzos straight atau yang jenis gantung tu. Kalau dia nampak, memang dia senyum jelah. Senyum sebab dapat duit saman. Kalau setakat ekzos lubang besau, dia tengok juga. Kalau lubang besau tapi bunyi tak kuat, dia tak kisah sangat ler.


Ekzos Elisya tak adalah besau sangat. Cuma sedap mata memandang dan telinga mendengar. Tapi kalau Elisya tarik, perit jugalah bunyinya. Aku ada juga cadang nak tukar ekzos yang besau lagi. Tapi nantilah nak tengok budget dulu. Cadangnya nak buat tukar extractor terus. Kiranya buat terus 4-2-1.

Elisya aku kalau kantoipun mungkin cuma tinted je lah. Saman tinted dalam RM300. Setakat ni alhamdullilah aku tak kena lagi sebab Elisya cuma main kat kampung je. Elisya jarang turun KL. Kalau Eliysa turun KLpun jarang masuk pusat bandau sebab dah tahu memang PDRM dengan JPJ suka sekat jalan nak masuk pusat bandau. Elisya pergi Johor hari tu pun nasib baik tak ada polis sekat jalan. Kalau tak rasanya kantoi jugalah hehehehe.


Akhir zaman ni banyak sungguh makanan pelik yang aku nampak dan dengar. Bebudak sekarang suka cakap pasal macaron. Aku pelik apa bendalah macaron tu. Tak paham aku dengan dunia akhir zaman sekarang ni huhuhuhu.

5 comments:

storyfromme said...

ramai cakap sedap tapi tak tau la betul ke tak.

Alan said...

story: macaron tu apa?

SyedGraphiX said...

macaron tu rasa dia camne? adoii

Alan said...

syed: sorang lagi tanya hahahaha

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy bumbung kereta karat

yuppp betoi tu aku punya lubang ekzos tak besor tapi piping dia stright lurus bawah tangki terus sampai enjin... depan trafik aku tekan minyak slow ajer pasal bila kuat tekan minyak kuat ler bunyi dia.... kena saman bebbbbbb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...