Followers

Friday, May 27, 2011

Gantung Kepala Babi Adalah Isu Perkauman !

Polis menolak kemungkinan kes sebuah gerai cendol disimbah cat merah dan digantung kepala babi berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini semalam mempunyai kaitan dengan ah long.

Ini kerana peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan ah long dan mangsa tidak mengenali lelaki yang membuat panggilan memberi amaran supaya peniaga terbabit berhati-hati baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya masih mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan biarpun agak sukar kerana panggilan itu dibuat menggunakan telefon awam.

"Polis telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk jemaah masjid dan peniaga berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut. Saya juga ingin tegaskan sekali lagi yang kejadian ini tiada kaitan dengan isu perkauman dan agama kerana ia melibatkan individu tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemui kepala babi tergantung di sebuah gerai cendol berhampiran masjid itu.
Kepala abah ko ini bukan isu perkauman. Kalau dah gantung kepala babi kat kedai berhampiran masjid, itu dah melampau. Aku tak kira. Ko cari suspek tu sampai dapat. Celaka main gantung kepala babi dekat masjid.

7 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

tak habis habis ngan isu perkauman.... mana lahhh tak buat orang ramai marah... wujud api dalam sekam ..... orang ni kena cari... kita ajar dia cukup-cukup

Mermaid Ungu said...

eh ade lg mende cenggini? nmpak benor m'sia ni byk bela babi..

kindergartenlibrary said...

macam2 isu sekarang ~
=='

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jenis jenis kereta mpv

Isu perkauman memang sukar dibendung dalam sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Mana-mana negara di dunia yang penduduknya berbilang kaum, pasti berdepan dengan masalah perkauman kecuali langkah awal diambil untuk mengintegrasi rakyatnya sehingga mereka dapat menerima konsep satu bangsa dan mempunyai jati diri kuat terhadap negara.

Sebagai negara contoh yang terdekat dengan kita ialah Indonesia. Mungkin ada yang tidak bersetuju menjadikan Indonesia sebagai contoh dalam isu ini kerana seperti yang kita tahu, negara itu juga sering dilanda pelbagai masalah.

su perkauman yang cuba diperbesarkan pemimpin tertentu tidak boleh dikompromi dan dibiarkan berpanjangan. Ia mesti ditangani dengan cepat sebelum menjadi isu besar yang boleh mencetuskan konflik kaum.

Pemimpin mewakili kaum hendaklah memiliki semangat tolak ansur yang tinggi dan sentiasa mengutamakan kepentingan awam, berbanding kepentingan kaum sendiri. Pemimpin yang hanya memikirkan kepentingan kaumnya patut disingkir kerana tidak layak menjadi wakil dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Tanggungjawab memastikan negara kita berada dalam keadaan aman dan terhindar daripada kekacauan mesti dipikul bersama tanpa mengira kaum. Jika setiap rakyat tahu peranan masing-masing untuk menjaga keharmonian agar tidak berlaku perselisihan faham dan permusuhan kaum, kita yakin keamanan yang dikecapi hari ini akan berkekalan.

Alan said...

afzainizam: memang patut cari pun..masalah sekarang ni ada pemimpin gay and the geng yang suka main isu perkauman.

Alan said...

ayunda: banyak tak banyaklah..nak cari kepala babi bukan susah..pergi je pasar cina..gerenti bersepah

Alan said...

nelly: tau xpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...