Korang perasan tak, sejak dunia nak kiamat ni semakin banyak tanda pelik yang keluar. Contoh macam ni ^_^"
Bila aku membuat blogwalking, aku lihat ada ler segelintir blogger ni yang tengah cuak. Kononnya ini semua tanda tanda kiamat. Geli ketiak aku hahahahaha. Siap keluar bermacam fatwa merapu entah dicedok dari mana akupun tak tahu. Mesti blogger tu banyak tengok cerita Hantu Kak Limah hahahaha.
Kesian pun ada bila aku tengok orang melayu sekarang terlalu singkat pemikiran. Sikit sikit kaitkan dengan agama. Padahal benda ni semua tak adapun dalam islam. Main sebat je nak lariskan blog masing masing. Setakat ni aku tak tahu lagi apa benda ni. Tapi aku yakin benda ni sebenarnya iklan.
Akhir zaman ni, pengiklanan sungguh kreatif. Ditambah dengan teknologi seperti twitter, fb dan youtube. Syarikat pengiklanan akan menggunakan medium ini untuk melariskan jualan. Korang ingat lagi tak iklan celcom tak silap. Yang pasal ibu mamat mana ntah yang konon konon buat video dalam Youtube.
Berapa ramai orang melayu termasuk para blogger yang kena kencing dengan iklan tu. Tengoklah betapa lemaunya orang melayu diakhir zaman ni. Itu belum campur lagi bisnes MLM yang membuatkan ramai orang melayu kena tipu duitnya. Konon kena cari downline kalau nak kaya. Padahal yang semakin kaya adalah tokey MLM tu sendiri.
Sedar sedarlah orang melayu oiii.
2 comments:
Tak faham gambar tu bro. Macam mane?
Tu mungkin gambar radioaktif ke apa? Sekarang ni orang bimbang radioaktif.
Gelombang radioaktif diserap oleh plankton. Plankton dimakan oleh ikan. Ikan diangkap dimakan manusia.
sophon: tu bukan lambang radioaktif..ala lambang ni banyak kuar dalam paper metro..so ini sebenarnya satu bentuk iklan..takde papelah..
Post a Comment