Followers

Saturday, April 02, 2011

Melayu Senang Kena Tipu


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini menjadi kecoh apabila lebih 600 pelabur skim cepat kaya hadir bagi menuntut semula wang pelaburan mereka.
 
Jumlah tersebut bagaimanapun dikira kecil memandangkan angka sebenar pelabur yang 'tertipu' kira-kira 4,000 orang merangkumi pelbagai profesion termasuk guru, ahli perniagaan, hakim dan pengamal undang-undang. Sepanjang prosiding tunjuk sebab kenapa wang mereka perlu dikembalikan, hanya 70 pelabur dibenarkan masuk ke dewan mahkamah dan kebanyakannya terpaksa berdiri sejak prosiding itu dimulakan pada sebelah pagi.

Semua mereka merupakan pelabur dalam syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. (FX Capital) dan FX Consultant yang didakwa menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen yang sah.

Pada 10 Januari lalu, pengarah kedua-dua syarikat itu, Raja Noor Asma Raja Harun dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta selepas mengaku bersalah atas 54 pertuduhan menipu, menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Antara yang membuat tuntutan hari ini ialah guru sekolah agama di Kuala Selangor, Shahril Azman Kasim yang memberitahu kerugian kira-kira RM193,455 daripada RM236,500 yang dilaburkan. Ahli perniagaan, Mohd. Imran Razali pula mendakwa melabur sebanyak RM630,000, tetapi hanya mendapat pulangan RM54,000.

Sumber: Utusan Malaysia

Hehehehe tengoklah berapa ramai orang melayu yang ditipu hidup hidup. Ini baru satu syarikat skim cepat kaya dibicara. Syarikat lain yang tak kena tangkap? Berapa ramai lagi orang melayu yang kena tipu duit mereka?


Orang melayu mudah sangat percaya dengan khabar angin. Percaya dengan testimoni yang sengaja dibuat buat. Tunjuk gambau makcik pakcik depan Mercedezs, BMW, Skyline, orang melayu terus percaya. Kalau yang terer sikit, main pusing ayat Quran. "Allah s.w.t tak akan mengubah nasib manusia melainkan manusia itu sendiri yang mengubahnya"

Fuyoo tektik diorang ni memang makan dalam. Silap silap boleh hilang serban pak Haji ditipunya. Tapi korang kiralah sendiri. Berapa ramai orang melayu yang betul betul jadi kaya disebabkan benda macam ni? Kalau dilihat trend benda ni, sepatutnya dah ramai orang melayu masuk senarai jutawan kat Malaysia. Tapi kenapa balik balik muka tokey cina yang dah berpuluh tahun berniaga je yang masuk carta? 

Mana muka melayu yang join benda ni? Mana saham syarikat yang terlibat dengan benda ni? Sepatutnya kalau syarikat tu betul betul hebat, dia akan keluarkan saham untuk diniagakan. Tapi kenapa tak ada? Kenapa semua urusan membabitkan sms?

Hehehe lu pikirlah sendiri. Jangan jadi orang melayu bodoh. Kalau nak kaya, berniagalah betul betul. Contohilah saudara blogger Afzainizam (klik sini). Dia adalah salah seorang usahawan melayu tulen. Bekerja dengan jujur. Barulah rezeki diberkati Allah s.w.t

2 comments:

Naisophon said...

Kau tak tahu lagi skim ni geng. Ni skim profesional punya.

Kau tengok iklan dia pun kau akan tertarik.

Aku pernah jumpa iklan serikat ni kat Carigold. iklan bagus, siap tunjuk denga graf statistik lagi, mane boleh tipu.

aku rasa yang mangsa, serikat tu.

Yang kes 4000 orang ni, mereka bukan kena tipu sebenarnya. mereka yang sukarela melabur. bises biase la ade turun naik.

silap syarikat tu sebab dia tak pohon lesen bkaitan. tu yang jadi boleh saman tu.

alan said...

sophon: tapi itulah..dorang melabur x tentu hala..yang syarikat tu pun sama..apesal x ambik lesen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...