PENGAMBILAN makanan yang tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak punca utama mereka terjebak dengan pelbagai masalah kesihatan sejak kecil. Sama ada masalah kesihatan seperti penyakit hingga kepada masalah fizikal, semuanya dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat. Pemanis dalam makanan kandungan boleh memberikan pelbagai kesan yang tidak diingini.
“Kanak-kanak adalah kumpulan penggemar makanan manis yang harus dikawal kerana makanan mereka mempunyai kandungan gula yang tinggi!” demikian amaran yang diberikan oleh Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam pada majlis pengenalan produk tenusu, susu tepung berfomula bagi kanak-kanak, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kula Lumpur baru-baru ini.
Beliau memberitahu, perspektif umum iaitu kanak-kanak yang gemuk dan besar adalah sihat sebenarnya adalah salah sama sekali. Malah mereka mungkin mempunyai kalori dan lemak selain berpotensi membesar sebagai dewasa obes.
Indra berpendapat, kanak-kanak di Malaysia mungkin bermasalah jika ibu bapa dan penjaga kurang arif mengenai jumlah kandungan gula yang sepatutnya diambil setiap hari.
Statistik mendedahkan, 5.4 peratus kanak-kanak Malaysia obes dan 6.8 peratus daripada mereka berumur dalam lingkungan antara 7 hingga 9 tahun, manakala 6.4 peratus dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun.
“Ia satu pendedahan yang tidak sihat. Pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak mengikut usia iaitu lima hingga enam sudu kecil bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 8 tahun dan tidak lebih 10 sudu kecil bagi dewasa,” katanya.
Bagaimanapun, Indra mengakui pengambilan gula secara purata bagi setiap orang di Malaysia melebihi 24 sudu kecil.
Ada kalangan ibu bapa yang tidak mengendahkan jika anak mereka enggan bersarapan. “Tindakan itu boleh menyebabkan anak-anak cepat lapar dan mereka mengidam serta makan makanan yang manis. Ini boleh meningkatkan kadar gula, kalori dan sekali gus menyebabkan mereka obes,” katanya yang menggesa ibu bapa agar prihatin terhadap amalan makanan.
Pangambilan gula yang berlebihan bukan sahaja menjadikan seseorang obes tetapi turut menyumbang kepada masalah kaviti gigi akibat kekurangan mikronutrien dan diabetes.
Ditanya tentang kandungan pemanis, Indra memberitahu, amnya, istilah manisan boleh ditafsirkan dalam pelbagai nama. Antaranya sirup jagung, sirup glukosa, gula merah, molasses, treacle, gula melaka, madu, fruktosa, dan sukrosa.
“Ingat, semua nama ini adalah panggilan lain bagi gula” katanya.
Amnya, kandungan gula, menurut Indra akan dilabel sama ada bersama karbohidrat atau dengan nama-nama yang diberikan tadi. “Kandungan dalam label makanan dinyatakan mengikut jumlah yang banyak kepada yang paling kecil. Jika anda lihat nama-nama gula ini berada pada bacaan permulaan, kedua atau ketiga, maka ketahuilah makanan itu mempunyai elemen pemanis yang sangat tinggi,” katanya.
Kaki Blogger Hawau |
“Jangan sekat terus sekali gus tetapi cuba fahamkan dan ajar mereka. Kanak-kanak cukup pandai, mereka akan faham. Satu lagi, jangan sekali-sekali hadiahkan mereka dengan makanan bergula. Itu satu lagi tindakan yang salah, tetapi kita sering lakukan,” katanya merujuk kepada amalan memberi gula-gula, coklat, aiskrim, donut dan sebagainya sebagai ganjaran.
Indra mahu ibu bapa memulakan amalan makanan berkhasiat di rumah dengan menjadi contoh yang baik. Ibu bapa adalah orang pertama yang perlu mengamalkan makanan sihat, bijak memilih makanan, masakan dan cuba gunakan amaun gula yang kecil dalam apa jua persiapan makanan. Ibu bapa juga disaran sentiasa peka terhadap kandungan gula dalam makanan yang dibeli di luar.
6 comments:
ish,geli la tengok.kena kurangkan gula lepas ni.
tak suka manis2..
story: kena jaga tau hehehe
ayin: yeke x suka manis ^_^"
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
abu nak Tanya kenapa cermin sebelh kiri
Ya Allah jauhkan lerrr penyakit ni.... ngerinyerrr nengok
Sebagai ibu yang concern ngan si comei 3 yr old, bagaimanaa nak taw ttg jumlah kandungan gula yang dari makanan lain? Setakat ini la kan, hanya ada kalkulator gula dalam susu di website semak gula…ngapa kalkulator utk susu saje yang ada?! Peliks betui!
Yang paling confuse – pengiraan gula tanmbahan dilakukan melalui kadar karbohiidrat dlm susu…saya rasa macam tak betul je krn yang I tau la kan – carbo ni bukan gula sahaja.. Setahu saya carbo hadir dalam byk bendaa (tbaca dlm majalah kesihatan :P)…sekiranya ada mommy yg tahu menahu pasai benda nie, sila la berkongsi ngan saya....
Post a Comment