Kalau korang baca Harian Metro hari ini, ada berita tentang anak bekas yang Depertua Dewan Undangan Rakyat menjadi penagih dadah. CM Yusuff. Allahyarham Tan Sri C.M Yusuff adalah Yang diPertua Dewan Undangan Rakyat ditahun 50 dan 60 an. Malah Allahyarham juga adalah Orang Besar negeri Perak (klik sini).
Tetapi malangnya anaknya tidaklah sehebat Allahyarham. Setelah Allahyarham meninggal, anaknya Che Ahmad Kamil, mula terjebak dengan masalah ketagihan dadah. Masalah ini berlarutan sehinggalah bonda serta kakaknya meninggal dunia.
Kini diusia 61 tahun, beliau terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup walaupun dahulunya dia mewarisi harta benda yang banyak. Inilah masalah orang melayu sejak zaman dahulu lagi. Sejak diawal kemerdekaan, sebenarnya ramai juga orang melayu yang kaya. Malangnya kekayaan mereka tidak diwarisi oleh anak cucu disebabkan mempunyai anak yang ketagihan dadah ataupun masalah lain.
Sebenarnya orang melayu ini tidak pandai menguruskan harta. Ramai beranggapan bahawa harta yang diwarisi daripada ibu bapa atau datuk nenek mereka akan kekal selamanya. Sedangkan harta itu semua akan habis binasa jika tidak diuruskan dengan cermat.
Orang tua tua sering berpesan, "Jika gunung ditarah setiap hari bolehkan rata, masakan harta pula akan dapat bertahan sedemikian rupa".
Boleh dikatakan ramai orang melayu yang boros apabila mereka mewarisi harta pusaka. Mungkin ini disebabkan perasaan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang lagi. Misalnya raja raja melayu atau golongan bangsawan dahulu kala. Mereka tidak mahu bekerja untuk menambahkan harta yang ada.
Sebaliknya mereka berbangga dengan harta yang sedia ada. Bangga dengan tanah berekar ekar. Bila menghadapi masalah, mereka akan jual atau gadai sedikit demi sedikit. Sehinggalah sampai kepada anak cucunya, tiada apa lagi yang tinggal.
Perangai inilah yang diwarisi oleh orang melayu sekarang. Zaman ini begitu ramai tokoh tokoh korporat yang berjaya. Tetapi adakah anak cucu mereka akan mewarisi kekayaan itu? Memang tak dinafikan ada anak cucu yang berpendidikan tinggi. Malah berjaya mengembangkan lagi kekayaan keluarga.
Tetapi tak kurang juga ada juga yang masih berfikiran seperti zaman dahulu kala. Anak anak lepak clubbing setiap malam. Menagih dadah dan arak. Berbelanja mewah tak ingat dunia. Apabila tiada wang, minta saja daripada ibu bapa pasti dapat. Memanglah semasa ibubapa masih ada, bolehlah mereka hidup mewah. Tetapi setelah ibubapa meninggal, adakah mereka mampu menguruskan kehidupan dengan baik?
Fikir fikirkanlah...
1 comment:
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
abu nak Tanya kenapa cermin sebelh kiri
yup bangsa Melayu harus bangkit... sama sama kita menyeru supaya lebih amai Melayu yang akan berjaya ....
melayu pantang undur ... mara dan terus mara
Post a Comment