Followers

Sunday, May 01, 2011

Blogger Datang Dan Pergi


Sejak aku menceburi dunia blogging 7 tahun dahulu, bermacam jenis blogger yang aku jumpa *bukan secara face to face ler*. Ada yang dapat bertahan sehingga sekarang. Ada juga yang kecundang ditengah jalan.

Antara blogger yang masih wujud dan aku sering lawati sehingga sekarang adalah blogger Otai Tok Rimau dan juga Red Mummy. Walaubagaimanapun kehadiran blogger baru yang begitu banyak bagaikan pendatang asing tanpa izin (PATI) juga telah menyumbangkan kemeriahan kepada industri blogger. Malah mereka inilah yang telah menjadikan aktiviti blogging sebagai satu scene di Malaysia. Malah telah menjadi satu culture terutama untuk golongan remaja. Antaranya blogger Cik Epal, Yuyu Zulaikha dan Hanis Zalikha.

Berbalik kepada isu pokok, walaupun ramai remaja kini yang menceburi dunia blogging, tetapi tak ramai yang mampu bertahan. Sampai masanya mereka juga akan pergi. Mungkin mereka telah menemui satu cara hidup baru. Mungkin ketiadaan masa *akupun selalu kena macam ni*. Malah lebih pedih, mungkin telah menyahut panggilan Ilahi *ada juga blogger yang aku kenal telah pergi selama lamanya*.

Beginilah kitaran hidup. Aku sendiri ada banyak bloglist yang sudah tidak lagi bernyawa. Malah ada juga hanya tinggal nama sedangkan blog itu sudahpun dikebumikan. Ada yang tidak dikemaskini 2 bulan, 6 bulan malah ada sampai setahun lebih. Kebiasaannya sekiranya sudah mencecah setahun tidak dikemaskini, Blogger.com secara diktator akan membuang blog itu terus.

Walaubagaimanapun aku yakin dunia blogger akan terus berkembang kerana ianya tidak seperti FB, Myspace atau Tag dimana ianya dicipta oleh individu tertentu mengikut kemahuan dan peraturannya. Sedangkan blog adalah tempat untuk sesiapa sahaja mencipta dunianya sendiri. Kerana inilah platform blog akan sentiasa terus mendapat tempat dihati pengguna.

Aku sendiri tidak tahu berapa lama lagi mampu berblogging. Mungkin untuk setahun dua. Ataupun mungkin sehingga nafas terakhir. Walaubagaimanapun aku akan tetap cuba meneruskan aktiviti ini selagi aku masih termampu.

Aku akhiri dengan sebuah lagu yang menjadi kegemaran aku diakhir tahun 80an dahulu. Sebuah lagu yang memberikan pelbagai kenangan manis dizaman kanak kanak dahulu. Suratan Takdir daripada kumpulan Gersang.

4 comments:

Bigdaddyz said...

teruskan sahaja....

alan said...

bigdady: yup

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
abu nak Tanya kenapa cermin sebelh kiri

eeemmm dah 7 tahun rupanya blog ko satu masa yang begitu panjang.... but aku harap ko dapoat teruskan sedaya upaya jangan cepat putus asa..... tak kisah lah penerimaan orang asalkan kita dapat berkarya....

Alan said...

afzainizam: tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...