Followers

Tuesday, April 12, 2011

Ikan Patin Chop Emas

TEMERLOH 11 April — Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000. Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.


"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya. Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh. Difahamkan, ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.
Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.



Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Katanya, mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA

Hehehehe dah banyak kali orang luar terkena bila makan ikan patin ni. Tapi itulah kadang kadang harga yang dikenakan memang tak masuk akal. Bukan apa, walaupun ikan dikatakan ikan patin sungai, tapi kalau dah dimasak, tak siapa pun tahu ianya betul betul ikan liar ataupun ikan sangkar.
Sebenarnya dalam hal macam ini, peniaga perlu dipantau untuk mengelakkan kekeliruan dan penipuan. Peniaga seharusnya mempamerkan tanda harga untuk jualan mereka. Dan pelanggan pula perlu bertanyakan harga terlebih dahulu jika mahu membeli ikan patin.

Nasib ler aku orang Pahang. Makan ikan patin ni boleh dikatakan setiap minggu. Sampai dah naik boring aku. Walaupun orang kata ikan patin buah lebih sedap dari yang sangkar, tapi bagi aku ianya tetap terletak pada kepandaian tukang masaknya juga.

Aku pernah makan ikan patin masak tempoyak kat Temerloh tu. Tapi rasa dia tak ler sesedap mana. Lagi sedap bonda aku yang masak hahahaha. Anyway nasihat aku untuk orang yang nak makan ikan patin ni, tak kiralah kat manapun. Mula mula sekali korang tanya dulu harga dia berapa dan ikan jenis apa. Sama ada original sungai ataupun sangkar.

Dari situ barulah korang kira budget yang ada hehehehe.

4 comments:

storyfromme said...

memang tak masuk akal harga die.

alan said...

story: memang ler tapi lain kali kenalah ingat hehehe

Miss Tira said...

Kaki pancing cakap siapa dapat tangkap patin liar dia jadi kaya laa. Maybe tu patin liar kot.

Anonymous said...

ikan patin temerloh laa yang paling sedap dekat pahang...tapi air tangan ibunda yang mmg x dapat org lain lawan..~thumb up~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...