Followers

Wednesday, April 13, 2011

Baliklah Ke Negara Asal

PARIS 12 April – Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payu dara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees.

Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 (RM645) di bawah undang-undang tersebut.

Demonstrasi yang diharamkan itu, di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame, penuh simbolik dengan sejarah zaman pertengahan Perancis dan semangat memberontak yang biasa ditunjukkan oleh warganya pada zaman moden.

Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular. Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau.
Hahahaha lawak gila benda ni. Padan muka sapa suruh duduk kat sana. Pergilah balik ke negara asal. Dah ler datang menumpang negara orang lain. Pastu bawak budaya sendiri. Bila tuan rumah larang, ko marah pulak. Inilah namanya pendatang tak sedar diri.

Sorry aku tak maksud nak kutuk orang pakai benda alah ni. Tapi agak agak lah. Setiap negara ada undang undang. Hormatilah undang undang negara tu. Dan sebenarnya pakai benda ni bukanlah ajaran islam sebaliknya cuma budaya. Sorry maybe ada yang bengang dengan apa yang aku cakap, tapi benda ini adalah kenyataan.

Islam tak menyusahkan penganutnya. Dan islam itu indah. Nasihat aku, kalau rasa undang undang tu menyusahkan, pulanglah lah negara asal. Jangan nak menimbulkan masalah. Setiap masalah yang korang buat akan membuatkan semua penganut islam dibenci. 

Teringat pulak kisah hantu kum kum bila tengok orang pakai benda ni hehehehe.

3 comments:

Anonymous said...

Ooo, pakai macam tu budaya ea bukan kerana agama. Ooo macam tu..

alan said...

tira: apesal?

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik
Islam adalah agama yang mudah. Mudah dalam erti kata dapat dilaksanakan
di semua tempat, sesuai pada setiap masa dan bertepatan dengan fitrah
kejadian manusia. Oleh kerana Islam adalah agama yang mudah, maka tidak
sewajarnya diperberatkan dan dipersulitkan dengan sikap suka
mempersoalkan dan mempertikaikan suruhan dan larangan Allah S..W.T.
Selain menghalang sesuatu perintah itu dilaksanakan dengan sempurna, ia
juga boleh menimbulkan perbalahan dan keraguan pada perkara yang tidak
sepatutnya berlaku. Allah S.W.T tidak membebankan hamba-Nya
melaksanakan sesuatu amalan baik kecuali sekadar kemampuan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...