Followers

Tuesday, April 12, 2011

Aku Follow Korang, Korang Follow Aku


Pernah tak korang terima komen dari seseorang yang mengatakan: "Saya follow awak, awak follow saya balik" ? Setakat ini aku tak pernah lagi. Maybe sebab tak popular kot hehehehe.

Tapi aku pernah ler baca rungutan para blogger yang terima benda camni. Dorang cakap siap ada yang menipu lagi. Konon konon dah follow padahal tak adapun. Itu tak campur lagi yang sampai merajuk terus taknak follow dah.

Pada aku benda ni semuanya kebudak budakan. Apa yang dapat pun kalau follower mencecah ribuan orang tapi isi blog tak berkualiti. Apa guna follower beribu tapi tak ada orang yang membaca. Sekadar klik follow tapi lepas tu buat tak tahu je.

Sorry akupun jarang belek berapa jumlah orang yang follow blog aku ni. Dan kalau aku klik follow pun blog orang lain, tak semestinya aku akan selalu baca blog dia.

Cuma setakat ini blog yang aku tak miss kalau dorang update adalah blog Asrul Sophon, Blues Rider dan juga blog Fire Starting. Blog blog yang ada kat list tepi blog aku ini pun dah jarang aku masuk. Kalau masukpun cuma jadi silent reader.

Banyak kerja lain yang aku nak buat daripada belek belek setiap blog yang ada. Sorry yek ^_^"

9 comments:

storyfromme said...

saya pernah kena kes cakap da follow tapi tak follow pon.

alan said...

story: awak da kena erkk hehehe

Anisa Hang Tuah said...

awak follow lah kite
hikss
:P

Anonymous said...

Blues Rider memang best blog dia. Macam galeri. Kalu produk tahun 60an tu aku tak teruja sangat, tapi produk 90an zaman aku membesar memang teruja. Teringat zaman muda dulu.
Bloglist dia pulak banyak blog koleksi antik lain. Aku selalu gak enjoy blog koleksi antik ni.

Passion aku sekarang baca blog masakan dengan blog antik. Blog masakan ni, tengok gambar pun rasa tenang dah hati.Makanan keperluan manusia bah. hehehe..

Ada masa, cuba buka ni

http://kucingorengemok.blogspot.com/

Blog firestating, paling tertarik air balang dia. Aku teringin je tiru stail air balang tu bawak masuk kampung aku, kat kenduri kawen. Stail balang gini takda lagi kat terengganu. Cuma aku harap owner dia buat tutorial cara buat resepi air tu. hehe

Anonymous said...

i da follow u,follow me back..kehkehkehkeh

alan said...

nisa: dah lama follow hehe

sophon: ko ni suka sgt makan hehehe

ayin: dah lama follow hehe

Anonymous said...

Popular hanya pada follower tapi tidak pada penulisan. Follow me back. Ahaxz :p

alan said...

tira: dah follow ler huhuhu

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
pilihan motorsikal kupcai terbaik

thanks lerrr selalu ko ziarah blog aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...