Followers

Tuesday, April 05, 2011

Awak Memang Bodoh


KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera yang kemaruk mahu menjalankan perniagaan dengan cara mudah dan cepat kerugian RM300,000 selain terpaksa menanggung beban hutang selepas ditipu seorang wanita tempatan yang mendakwa pembekal batu permata.

Mangsa yang dikenali sebagai Azam, 42, berkata, ketika kejadian dia baru beberapa bulan bersara dan tidak menyangka wang pampasan tamat perkhidmatan yang sepatutnya digunakan untuk membeli rumah dan simpanan perbelanjaan persekolahan anaknya ‘hangus’ sekelip mata, manakala pinjaman bank atas nama isterinya berjumlah RM100,000 terpaksa dibayar ansuran selama 15 tahun.

Katanya, dia menghubungi telefon bimbit semua anggota sindiket terbabit beberapa kali selepas menyedari tertipu, tetapi tidak berjawab. Bagaimanapun, tiga minggu lalu dia menerima kiriman e-mel daripada seorang anggota sindiket itu yang menulis: ‘Awak bodoh sebab itu awak terkena.’ Azam berkata, kejadian bermula selepas dia menerima e-mel pada 24 November tahun lalu daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Farah, kononnya bekerja dengan sebuah syarikat asing beroperasi di United Kingdom.

Menurutnya, wanita terbabit memberitahu mahu mengembangkan empayar perniagaan syarikatnya dengan mencari ejen tempatan yang ingin melabur dan membeli batu permata. Katanya, pada mulanya dia enggan mempercayai tawaran itu kerana segala urusan dan pujuk rayu wanita terbabit hanya melalui e-mel dan mereka tidak pernah berjumpa. Namun, selepas berulang kali dipujuk wanita itu melalui kiriman SMS, dia terpengaruh.

Sumber: Harian Metro

Ini satu lagi kes kebodohan orang melayu. Tak habis habis kena tipu melalui emel. berapa kali aku nak cakap. Benda benda dalam emel tu semuanya menipu. Aku tak pernah bukak pun emel. Semuanya aku padam je. Banyak benda syirik dalam emel ni.

Lagi satu orang melayu ni kelemahan dia suka sangat nak kaya tapi nak kaya ikut cara senang. Main labur duit pastu berangan jadi jutawan. Ini ler penyakit pusaka orang melayu sejak dulu lagi. Ntah sampai kiamat pun orang melayu ni masih tak sedar.

2 comments:

Miss Tira said...

Hahaha, kalau orang Cina berniaga nampak kedai orang kita berniaga tak nampak kedai tapi bawa barang (MLM) kehulu kehilir. Apa laa mentaliti orang kita ni.

Alan said...

tira: tau xpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...