Followers

Monday, April 04, 2011

ABPBH 2010

Petang semalam aku naik Genting kejap dengan member. Kebetulan pulak ada ABPBH dibuat kat sana. Aku sebenarnya tak ambik port pun pasal anugerah anugerah ni semua. Nak pulak anugerah tuhan seorang pakcik tu. Lagi aku meluat hehehehe.




Alang alang dah sampai, aku tengoklah kejap artis yang datang. Tapi serius ler aku cakap, aku meluat tengok sesetengah perangai peminat kat sana. Nampak artispun terjerit jerit macam jumpa Hantu Kak Limah. Kalau awek yang menjerit aku tak kisah sangat. Tapi ini yang jantan pun sekali menjerit. Rasa nak bagi penampau ke. Geli sungguh huh. Member aku yang bernama Ajim yang kerja kat Genting pun sama terjerit jerit sambil goyang besi pagar. Erkk betul ke beliau buat macam tu? Korang tanyalah dia sendiri  hehehehe.


Tengok tak lama. Boring doll. Terus blah balik rumah. Sampai rumah, mandi mandi terus tidor. Langsung tak tengok ABPBH kat tv hahaha. Pagi ni baru aku tahu Shaheizy Sam yang menang. Itupun baca kat paper je hehehe.

4 comments:

Miss Tira said...

Hahaha, tu laa kenapa nak terjerit-jerit. Macam orang jakun tak pernah tengok manusia. Kita ni yang ada telinga sensitif rasa macam nak pecah je gegendang telinga ni. Ish ish..

Alan said...

tira: cian awak kan ish ish ish

FaKArePa!n said...

yang jantan tu x dapat nak control lan.. ni ada benda nak suggest cket.. aku rase semolek- molek nya ko buang word notification kat comment form ni sebab ramai blogger yang tak suka menda ni.. tu cadangan aku la..

Alan said...

fakare: erkk ade ke word tu? x perasan lak haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...