Followers

Sunday, March 27, 2011

Seronok Ke Kutuk Orang Nak Bunuh Diri Dalam Blog?



Benda ini aku cuma nak cakap je lah. Takde nak kaitkan dengan sesaper. Tentu korang masih ingat kes awek nak terjun dari KB Mall minggu lepas kan. Dalam masa yang sama, aku dapati banyak blog dan forum yang mengutuk awek ni. Siap letak petikan hadis lagi berkenaan dengan balasan yang akan menimpa dengan orang yang membunuh diri.

Memang betul membunuh diri ni benda tak elok. Tapi please jangan menghukum seseorang itu tanpa mengenali dulu siapa dan apa masalah yang dia hadapi. Bercakap memanglah mudah. Semudah menaip dan copy paste petikan hadis dari internet. Dan seterusnya membuatkan kita seolah olah lebih islam atau lebih baik daripada orang lain.

Tapi pernah ke korang selami hati dan perasaan dia ketika itu. Ramai yang kata, eleh setakat putus cinta nak bunuh diri, benda bodoh tu. Memang betul benda bodoh, tapi pernahkah korang fikir adakah dia rasa itu benda bodoh time tu? Adakah korang rasa dia akan fikir itu semua semasa dia nak terjun? Aku pasti mesti korang langsung tak pernah fikirkan itu semua kan.

Aku faham sangat perasaan dia. Sebab akupun pernah cuba buat apa yang dia buat. Tapi Allah s.w.t masih sayangkan aku. Dia berikan aku kekuatan dan peluang untuk meneruskan kehidupan.

Cuba korang bayangkan korang berada ditempatnya. Tak ada sesiapa yang mahu berkongsi masalah. Tak ada sesiapa yang menemani korang disaat saat sukar. Mungkin hati korang tabah tapi tak semua orang setabah korang.

Aku sedih dengan sikap segelintir blogger macam ni. Aku tak menuduh sesiapa. Dan aku taknak cakap siapa blogger tu walaupun aku ada jumpa banyak blog buat macam ni. Tapi kalau korang rasa apa yang korang buat tu betul. Seronok dan kononnya berdakwah. Tak apalah.

Tapi kalau suatu hari nanti benda ini akan berlaku pada korang ataupun keluarga korang. Time tu kalau ada orang yang mengejek korang, barulah korang faham bagaimana perasaan tu.

4 comments:

storyfromme said...

bak kata pepatah 'don't judge a book by it's cover'.ambil pengajaran jela dari cerita ni.

Anisa Hang Tuah said...

kesian budak tu

Lilyel said...

Salam.

Saya tengah buat survey pasal blogging untuk kertas projek saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

Salam,
Lily
Note: Sila abaikan jika anda bukan pelajar IPT. 

alan said...

story: betul tu.

nisa: tau xpe huhuhu

lilyel: sory dah 4 tahun tinggalkan alam study ^_^"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...