Followers

Monday, March 28, 2011

Khurafat Filem Hampas



Sapa dah tengok cerita Khurafat? Mesti dah tengokkan cerita tu. Tapi bagi aku cerita ni memang betul betul khurafat. Bazir duit aku je beli cd dia. Sebabnya cerita ni ntah apa apa. Tak logik langsung.

Memang ler betul cerita hantu ni tak logik. Tapi bagi aku yang tak logiknya adalah suasana dalam cerita tu. Kalau korang perhatikan, kenapa sepanjang cerita tu gambau terlalu gelap. Dari rumah sampai hospital dan balik semula ke rumah. Seolah olah blackout. Ataupun dorang tak reti nak pasang lampu.

Penipu sungguh suasana hospital Malaysia gelap gelita. Dan time Syamsul kat rumahpun tak reti reti nak bukak lampu. Suka sangat duduk dalam gelap. Pastu kecoh cakap kena ganggu. Memang ler sapa suruh duduk dalam gelap. Jalan ceritapun mengarut. Tak sedap langsung. Bangang. Tak pasal pasal akupun jadi bangang sekali sebab beli cd cerita ni huh. Menyesal aku.

Ok lupakan fasal cerita mengarut tu. Ini ada lagi cerita khurafat aku nak cakap. Malam tadi time dinner, bonda aku cakap yang jiran sebelah umah bercerita pasal ada seorang budak perempuan jumpa hantu kat kampung aku ni.



Hahahaha lawak sungguh. Memang aku dengan bonda aku gelak sebab dah cerita tu memang khurafat sungguh. Aku dah 27 tahun duduk kampung ni, jangankan hantu, bayang diapun aku tak pernah nampak. Apatah lagi bonda aku yang dah berpuluh tahun duduk sini. Haram sekor hantupun tak ada.

Bonda aku dah tinggal kat kampung ni sejak tahun 1960 an. Zaman tu lagilah hutan keliling rumah. Tapi tak ada hantupun. Yang ada time itu cuma babi hutan dengan monyet je. Dan sekarang tahun 2011. Kawasan kampung akupun dah jadi macam Damansara Utama. Rumah banglo 2 3 tingkat bersepah. Tiba tiba pulak baru muncul hantu. Time hutan dulu dia taknak keluar. Alih alih time rumah banglo bersepah boleh pulak dia keluar hahahahaha. Tipu sungguh cerita ni.

Sebenarnya story mory pasal hantu ni dah banyak kali aku dengar. Tapi aku buat bodoh je. Sebabnya aku salu balik lewat malam. Kalau malam minggu lagilah aku balik umah kol 3 4 pagi. Tak pernah jumpa apa apapun.

Bukanlah aku cakap besau dan tak percaya ada hantu. Tapi agak agaklah nak kencing akupun. Janganlah wat cerita ada hantu kat tempat aku. Aku lebih kenal area umah aku. Aku tahulah apa yang ada dan apa yang tak ada.

Moral of the story: Jangan percayakan cerita orang lain pasal hantu. Nak pulak orang bercerita ada hantu kat kawasan umah korang sendiri. Memang sah tipu cerita tu. Dan satu lagi sebagai pengajaran untuk bebudak pompuan jangan gatai keluar memalam.

5 comments:

Naisophon said...

Aku ingat filem ni antara paling laku sekarang. kalah Merong mahawangsa,

Naisophon said...

1. Kalau nak buat cerita hantu kan.. mesti filem malaysia dia buat background masyarakat kampung.

2. Ade watak tak percaya hantu.

3. Ada watak kena hantu.

Semua jalan cerita sama je. huhuhu..

Apa pun, bagi aku filem bagus, filem Ngangkong lah. Enjoy sungguh. :D

Alan said...

sophon: biasalah filem malaysia..hantu xley blah..bagi aku filem hantu best jangan pandang belakang..itu real sebab dia xde copy filem lain..filem hantu selepasnya semua copy teknik yang sama.

Dda Ly said...

aigoooo saye mmg penakutt...tak suke lor tgk citer antu nihh...

meh ke rumah..
~Addina Dania sayangku~
keep in touch ye..♥♥♥

alan said...

ddaly: alahai ciannya dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...