Followers

Saturday, March 26, 2011

Bagaimana Perangai Nenek Moyang Kita?



Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyat negeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adat resam.

Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untuk mencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dan sedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabung ayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan bangga dirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang daya keintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka:

kecek anak Melaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anak Singapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang.

Namun demikian, orang Pahang juga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah di permukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong! Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindak mengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka juga amat taat dan setia kepada Raja.

Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapa yang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai di antara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidak suka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka juga hanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takut kena denda.

Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarang kerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja) apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawa makanan sendiri.

Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akan mengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakiki mereka.

Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu. Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayar lumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkan tenaganya secara percuma.

Hugh Clifford (“The People of the East-Coast” dalam buku, In Court and Kampung)

Itu adalah pandangan Hugh Clifford mengenai orang Pahang diwaktu feudal dahulu. Mungkin betul dan juga mungkin tidak apa yang diperkatakan oleh orang putih ni. Tapi selalunya orang putih dahulu adalah jujur dalam memberikan pandangan. Cuma mungkin dia tersilap atau tak memahami cara hidup orang melayu. Jadi dia merasakan orang melayu ini membuat sesuatu yang salah. Padahal corak pemikiran dan cara hidup setiap bangsa adalah berlainan.

Budaya judi dan sabung ayam memang aku tak nafikan didalam masyarakat melayu dahulu. Malah itu dianggap permainan kegemaran ataupun sukan rakyat dahulukala. Seiring dengan peredaran zaman dan bertambah pengetahuan agama, budaya ini telahpun dibuang.


Mengenai kerja yang diarah oleh Raja, menjadi kebiasaan dizaman feudal, masyarakat bawahan atau rakyat akan melakukan kerja yang diarahkan oleh pemerintah. Benda ini juga berlaku kepada bangsa eropah dizaman feudal dahulu.


Tentang tabiat orang Pahang, aku masih mewarisinya sehingga kini. Aku taat setia kepada Sultan aku. Aku juga setia kepada sahabat karib. Malah aku lebih suka membuat kerja sukarela daripada pergi bekerja kat ofis tu. Darah keturunan orang Pahang memang takley dibuang hehehehe.


Nenek moyang aku dulu suka laga ayam erkk..

8 comments:

Naisophon said...

Masa empayar Johor-Riau berpecah, ada konflik rival jadi sultan pahang tau.

Tun Mutahir(?) dengan anak sedara dia, Tun Ali.

Tun Mutahir ni sebenarnya bendahara kerajaan Johor-Riau. Sebab tu dia pakai title Bendahara Seri Maharaja. Beliau pegang daulat kerajaan Johor Lama.

Kemudian anak sedara dia datang, rampas kuasa. Anak sedara dia bersekutu dengan 3 pembesar berempat pahang.

Cuma pembesar Chenor je masih setia dengan tun mutahir.

Tapi bendahara tun mutahir kalah. Jadinya anak sedara dia jadi raja baru.




http://en.wikipedia.org/wiki/Tun_Mutahir_of_Pahang

hamzah ian said...

org pahan eh.. gud2..

mie said...

macam2 pandangan rupanya..
eheheee

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tp koi bukan org pahang, koi penah dok je pahang, belah jerantut..

alan said...

mie: tau xpe

afzainizam: sejak bila lak ko duk jerantut

FaKArePa!n said...

dah macam buku teks sejarah.. heheh

jom baca..
Salahkan Tetek Selepas Di Saman

alan said...

fakarepan: blog ni macam2 ada hehe

mazru said...

salam..

Sbgai seorg ank Pahang..koi sedikit pun tidak dpt menerima pendapat clifford dr awal keluar perkataan drpd mulutnye yg tercemar itu hinggalah ke saat sakaratul maut meragut nyawanye..

Cilake punye clifford..buat org pahang pecah belah,buat sultan Ahmad bertelingkah dgn org kaya berempat...clifford tiada sifat2 jujur dlm diri dia nih..dia nih duri dlm dging yg membolot ssemua harta org pahang termasuklah karya2 raja perba Jelai yg beribu2 helai...semuanye petua dan bab ilmu...dia juge bertnggungjwb ditugaskan utk menangkap Mat Kilau,namun usahanye pasti gagal krn Allah bersama Mat Kilau@MUhammad.

Clifford boleh menuduh mengatakan org pahang sombong..dia silap,andai kami sombong,dia x akn jejak kaki ke bumi pahang tempoh hari..kalo lah tidak krn kesudian Sultan Ahmad mengis=zinkan dia utk singgah sebentar diPekan.

Sebenarnye org pahangyg sejati ialah,diaorg bersifat humble,low profile..kemana shj org pahang merantau pasti pandai blending dgn masyarakat setempat..begitulah anak pahang sejati..masuk kandang kambing mengembek,kandang rimau mengaum...

Yg nyata...mrk tak takut mati jika bab berperang...alah bisa tegal biase,alang2 menyeluk pekasam...

apepun terima kasih buat penulis blog yg ade pndpt nye sdri..

:)
http://koianakpahang.blogspot.com/2011/12/semangat-sejati.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...