Followers

Friday, March 25, 2011

Hidup Zaman British



Tadi bonda aku ada bercerita mengenai zaman kanak kanaknya dulu. Untuk makluman, zaman kanak kanak bonda aku adalah disekitar tahun awal 50 an. Masa kecil, bonda aku tinggal di Bukit Koman, Raub Pahang. Atuk yang memelihara bonda aku waktu tu bekerja sebagai SC tak silap aku. Kiranya kerja dengan orang putih.

Waktu tahun 1950 1960 an dulu, orang putih masih banyak di Raub terutama dikawasan lombong emas Bukit Koman. Ini kerana lombong emas itu kepunyaan company orang putih. Menurut cerita bonda aku, walaupun negara masih belum merdeka, tetapi kehidupannya waktu dulu boleh dikira mewah. Api elektrik dan air paip dipasang disetiap rumah pekerja orang putih.

Malah menurut bonda aku, walaupun rumah buruk yang berdindingkan buluh dan berbumbungkan bertam juga mempunyai api elektrik dan paip air. Malah air paip juga tak perlu dibayar. Keadaan ini amat berlainan dengan kawasan lain. Semasa kecil juga, bonda aku sering menggunakan barangan yang diimport dari England seperti sos tomato, gula gula, sardin, sabun dan lain lain.

Aku fikir zaman sekarang, walaupun negara sudahpun merdeka lebih 50 tahun, tetapi masih ada rakyat Malaysia yang tidak menerima keperluan asas seperti air. Lagipun dulu pakai barang import. Made in England. Ada kelass gitu.

6 comments:

mie said...

uihh!!
itu la, kesian plak bila tgk yang kehidupan x terurus..

alan said...

mie: hurmm tau xpe

Anonymous said...

Dulu Kuala Lipis kan ibunegri pahhang?


Habis madu, sepah dibuang. abis emas daa...

alan said...

yup memang kuala lipis..erkk tu ko kan suka wat camtu hehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
orang zaman dahulu mmg tabah kalau orang zaman sekarang mmg tak leh jadi cam tu...susah pun boleh hidup.

alan said...

afzainizam: bukan xley jadi..tapi masalahnya bila celik mata je kesenangan dah ada..kalau sejak lahir dah susah, dorang ley survive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...