Followers

Monday, March 21, 2011

Nikah Dalam Masjid Haram



KANGAR 20 Mac – Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah, namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ahmad berkata, adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. – Bernama

Ni ada satu berita baik. Lepas ni tak payah dah nak ngada ngada nikah dalam masjid. Kalau korang gatal nak nikah, korang pergi nikah kat umah sendiri je. Akupun pelik dengan trend sekarang ni. Alasan dorang kononnya nak dapat berkat. Tapi tak sampai setahun bercerai juga hahaha.

Nikah dalam masjid tak menjamin kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika korang dikebumikan di Mekah, belum tentu korang tak kena seksa kubur. Yang buat aku menyampah bila orang nikah dalam masjid, tetamu yang datang bukannya sopan. Nak pulak yang makcik makcik perasan dirinya ala datin gitu. Pakaian macam nak pergi clubbing pun gatal nak masuk masjid. Rasa nak bagi penyepak je hehehe.

6 comments:

Naisophon said...

Aku plan nak nikah masjid gak. Tapi tak tahu bile jodohnya. hehe

alan said...

sophon: ko nak nikah masjid or nikah kat masjid hehehe

ct odah said...

ko ni raz emo dr dlu tak abis2..tp ni fakta bru aku tau tak blh nikah dlm msjd..

alan said...

odah: macam aku kenal je ko ni..rasanya ko ni dah lama menghilangkan diri kan

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...


Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.

rasanya tak ade yang kata Haram buat akad nikah kat Masjid...

Anonymous said...

salam ,nikah dlam masjid xsalah, xde pun dlam hadis menyatakan haram nikah dalam masjid.yang haramnya nikah dlam gereja cara islam n msuk masjid tanpa adab..bleh rjuk kitab tulisan dr. Abdul Karim Zaidan yang menyatakan hukum kahwin dlam masjid adalh SUNAT lengkap dengan dalil2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...