Followers

Sunday, March 20, 2011

Mimpi Aneh



Malam tadi, bukan malam tapi pagi dah sebenarnya. Aku mimpi sesuatu yang aneh. Aneh sebab dulu aku dulu pernah mimpikan benda ni. Mimpi yang sama. Mimpi ni bermula dengan satu cabaran perjalanan malam disebuah jalanraya. Jalanraya ni lurus je. Tapi dipenuhi haiwan liar. Kiranya macam berjalan di zoo malam.

Korang akan bawa jip, jalanlah ikut jalan tu. Nasiblah korang akan bertembung gajah ke, rimau atau apa saja haiwan. Sampai penghujung jalan, korang kena patah balik. Kiri kanan jalan dipenuhi hutan. Tapi ada pula kerusi berbumbung kira macam pentas untuk penonton duduk dan melihat pengunjung lain naik jip. Pelik kan. Tapi dah namanya mimpi. Semuanya boleh jadi.

Kat pentas tu lah aku kenal dengan seorang awek. Dia cantik. Rambut paras bahu. Kulit cerah tanah. Datang dengan adik dia. Adik dia perempuan juga dan cun juga.

Macam tengok dvd, mimpi aku diskipkan. Kiranya cinta aku bertepuk sebelah tangan. Awek tu lebih suka seorang mamat jepun. Dan suatu hari akhirnya dia mengikut mamat tu ke jepun. Aku terimalah kenyataan tu so hidup aku rileks je. Dia tinggalkan adik dia untuk aku jaga. Sejak itu kami terputus hubungan dengan awek tu.

Lebih kurang dua atau 3 tahun, adik awek tu cakap kat aku, dia ternampak seorang kawan mamat jepun yang jadi balak kakak dia dulu. So akupun pergilah cari kat bandar. Jangan tanya bandar macam mana sebab dalam mimpi macam macam benda boleh jadi. Aku jumpa mamat tu. Aku bawa balik mamat tu ke rumah aku bila aku tengok mamat tu semacam je takutnya. Macam ada orang cari nak bunuh dia. Kat umah, dia ceritakan perkara sebenar. Rupanya awek yang aku minat dah meninggal lebih kurang setahun dulu..

Awek tu menghidap penyakit dan akhirnya meninggal. Mengikut cerita, awek tu kawin dengan mamat jepun tu. Tapi sejak kawin, tahap kesihatan dia semakin merosot. Kawan mamat jepun tu cakap, last time dia nampak awek tu, dalam setahun lepas. Masa tu keadaan awek tu dah teruk. Akhirnya awek tu meninggal dunia di jepun.

Mengikut cerita mamat ni lagi, keluarga suaminya tak sukakannya jadi mungkin keluarga suaminya yang meracuni dia sehingga mati. Dan sekarang keluarga itu juga sedang mencari mamat ni. Nampak gayanya mimpi aku dah masuk dalam cerita Yakuza.

Dan sekarang hanya tinggal adik perempuannya sahaja yang masih hidup dan aku pegang amanah untuk menjaga adiknya sebaik mungkin. Sampai sini, aku terjaga. Dan terus aku taip cerita ni dalam notepad takut aku terlupa storyline dia.

Dulu aku juga pernah mimpikan mimpi ni tapi ending dia panjang lagi. Tapi aku dah tak ingat. sebenarnya ingat tapi ingat ingat lupa..takut kang kalau aku sambung, cerita ni dah bercampur dengan cerita hikayat lain. Tapi yang aku ingat, ending dia adik perempuan tu pun tolak cinta aku. Apadah ending mimpi aku ni. Selalu buat aku sedih je hehehe.

Ada orang tua tua kata, mimpi kita berkait rapat dengan kegiatan semasa kita masih hidup..Ehh maksudnya semasa kita tak tidur. Mungkin kita terlalu asyik membuat sesuatu kerja, kita terbawa bawa dalam mimpi.

Tentang awek dalam mimpi ni, aku dulu pernah kenal seorang awek. Kami kenal di ruang chat. Cuma kawan biasa. Tapi kami tak berkesempatan berjumpa sebab dia meninggal dunia disebabkan sakit kanser. Yang memberitahu aku tentang kematian awek ni ialah adik perempuan dia!
Dan aku tak couple dengan adik dia yek. Lain benar cerita mimpi dan realiti.

Aku tak katalah mimpi ni berkait dengan si arwah. Ini cuma andaian aku saja. Sebabnya cuma Allah s.w.t sahaja yang tahu rahsia mimpi. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman Al fatihah....

9 comments:

Anisa Hang Tuah said...

bestnye mimpi2

dah lame betul nis tak merasa mimpi.

alan said...

nisa: kalau nak mimpi, tdow jgn basuh kaki hehehe

asrul_amanda said...

Dah dua kali aku komen entri ni, tapi nak pos je terus internet down. huh. sedih.

Aku suka dapat mimpi panjang berbentik cerita gtu.

Tapi, bangun tido je terus lupa.

kial2 nak ingat balik mimpi tu. Memang tak ingat dah. Tapi tahu, tapi mimpi manis.

Jadi senyum sendiri. hehehe.

Sweet mimpi ko.

Naisophon said...

Anisa Hang Tuah ni buah ati ko ke? hehehehe

Alan said...

asrul: kadang kadang kita boleh ingat..tapi salu kita lupa hehehe..

anisa hang tuah ni bukan awek aku ler huhuhu..kalau ko nak ko ley try usha dia hehehehe

Naisophon said...

Comel sungguh si anisa ni.

alan said...

sophon: hek eleh hehehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Tali timba ditarik perlahan
Terasa sejuk air perigi
Ziarah Blog tanda persahabatan
InsyaAllah hamba datang lagi”

Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

uihhhh mimpi aneh kerr mimpi malam pertama

alan said...

afzainizam: mimpi aneh ler adoiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...