Tadi on da way nak pergi kerja, aku terjumpa Intan Ladyana. Memang cun gila kalau jumpa in person. Sumpah aku tipu korang je ^_^"
Ok back to the story, ni ada kisah seorang yang berpangkat besau tapi bodoh tahap budak sekolah rendah.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bukan saja kerugian RM20,000, malah nyaris maut akibat terlalu percayakan kehebatan bomoh yang mendakwa boleh berinteraksi dengan makhluk halus, sekali gus mampu menyembuhkan penyakit batu karang kronik dialaminya.
Mahu dikenali sebagai Rosman, lelaki itu berkata, disebabkan percaya kepada bomoh terbabit dia mengambil risiko menangguhkan pembedahan membuang batu karang hanya dalam tempoh kurang 24 jam dari waktu dijadualkan.
“Saya mengikut bomoh itu ke Sabah untuk berubat cara istimewa dengan menggunakan makhluk halus. Namun, selepas membelanjakan ribuan ringgit, penyakit saya tidak sembuh. “Malah, sekembalinya dari Sabah saya rebah ketika berada di rumah kerana penyakit yang disangka sudah baik itu berada di tahap kritikal. Rosman berkata, keputusannya menghubungi bomoh temberang itu dibuat selepas ternampak iklan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ke hospital untuk membuat persiapan masuk ke wad pembedahan. Sebelum itu, dia menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Ampang dan doktor mengarahkannya menjalani pembedahan segera berikutan penyakit batu karangnya mencapai tahap kritikal. “Sebaik dihubungi, bomoh itu meyakinkan saya rawatannya mengambil masa singkat, malah tidak perlu menanggung kesakitan kerana pembedahan dijalankan secara batin dan dilakukan makhluk halus,” katanya. “Selepas batu karang dikeluarkan, wanita itu memberitahu penyakit saya sembuh sepenuhnya. Bagi menghilangkan curiga, saya membuat pemeriksaan susulan di sebuah pusat perubatan swasta dan terkejut apabila doktor memaklumkan, batu karang sudah tiada. “Saya gembira kerana menyangka sudah sembuh, tapi sebulan kemudian saya pengsan dan hampir mati. Mujur tindakan pantas doktor mengeluarkan batu karang melalui pembedahan menyelamatkan nyawa saya,” katanya. Harian Metro
Nak gelak pun ada. Kesianpun ada. Inilah masalah orang melayu. Aku rasa sampai hari kebangkitanpun orang melayu ni masih lagi percayakan pada bomoh atau makhluk halus untuk berubat.
Awak tu orang kaya. Banyak duit. Tapi masih percaya benda benda tahyol lagi mengarut. Mana ada bomoh yang boleh ubatkan penyakit guna makhluk halus. Dan sekarang sepatutnya awak saman bomoh tu. Biau bomoh tu masuk penjara. Tengok makhluk halus dia boleh tolong bebaskan dia dari penjara atau tak.
Tapi mengikut pengalaman aku sebelum ni, tak ada lagi mana mana orang yang ada ilmu hitam boleh keluar selepas kena penjara. Mona Fendi pun hilang semua ilmu dia bila kena tangkap. Semua jin syaitan akan lari bila orang yang memujanya kantoi. Itulah janji syaitan untuk sesatkan anak adam. Bila anak adam dah sesat, dia akan tinggalkannya.
“Sesiapa yang menyimpul satu ikatan, kemudian menghembus/meniup (dengan air ludahnya) padanya, maka sesungguhnya ia telah melakukan sihir dan sesiapa yang melakukan sihir, maka sesungguhnya dia telah syirik. Dan sesiapa menggantung sesuatu (tangkal), akan diserahkan urusannya kepada tangkal tersebut (yakni dia tidak akan mendapat bantuan Allah)”. (Riwayat Imam an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
3 comments:
ade baca,ade baca..
ayin: bagus ade baca :)
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”,
maka sujudlah mereka melainkan iblis; ia berkata:
“Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?”
Ia berkata lagi: “Khabarkanlah kepadaku,inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku?
Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat,tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya,kecuali sedikit (di antaranya).”
Allah berfirman (kepada iblis): “Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!
Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,maka sesungguhnya neraka Jahannamlahbalasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapatmemujuknya dengan suaramu;dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkudaserta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-bendadan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu).”
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[al-A’raaf 17:61-64]
Post a Comment