Followers

Tuesday, March 08, 2011

Jauh Di Mata

Pertama kali aku keluar meninggalkan kampung halaman adalah ketika berusia 18 tahun iaitu tahun 2002. Aku lepak KL dan belajau kat sebuah kolej swasta. Kolej ke? Aku rasa cam pusat tuition je hehehehe. Kolej ni kat kawasan Excella Business Park, Ampang. Lepas kelas je main bowling kat Ampang Point.

Tak lama aku lepak KL. Adalah dalam 8 bulan je. Lepas tu aku chow sebab aku tengok kolej tu semacam je. Walaupun cuma 8 bulan, tapi banyak pengalaman yang aku dapat. Kenal budak budak yang datangnya dari pelbagai tempat dan kerenah. Belajau merempit kat jalan KL malam minggu. Lepak lepak sampai kena halau dengan polis.

Kolej ni tak bagi hostel. Dia bagi umah sewa buat bebudak ni jadi hostel. Dalam 1 rumah adalah 7 atau 8 orang *aku tak ingat*. Umah sewa aku ni kat Taman Cahaya, Ampang. Umah sewa ni kat banggunan 5 tingkat rasanya. Tingkat bawah sekali kedai mamak. Tingkat dua ada umah tokey mamak. Tingkat 3 umah aku. Atas ada lagi 2 tingkat kot.

Dari kiri: Epul, aku dan John

Dari kiri: aku, Pojie, Kamal, Zul


Kiri: Benut, Zul, Din

Aku tak naik atas sebab tak ada apa cuma rumah orang je. Bilik umah aku menghadap jalan besau. Seberang jalan tu ada flet. Flet Cahaya kot nama dia dah lupa. Cuma flet tu je lah ada suasana kampung sebab kat kawasan bawah dia orang tanam pokok kelapa, pisang, tebu. Siap ada bela ayam lagi hehehehe.

Umah aku ni ada dua bilik. Kalau masuk pintu, sebelah kanan dia terus bilik air dan dapur yang tak serupa dapur. Dua buah bilik ni sedang sedang je. Standartlah umah KL mesti kecil. Akupun tak paham macam mana orang KL boleh tahan duduk rumah kecil dengan family yang besar.

Pengalaman pertama yang memang tak boleh aku lupa adalah waktu malam pertama aku sampai KL. Kiranya selepas hari pendaftaran tu lah. Malam tu bantai lah bebudak ni menyanyi sua sue good morning. Melalak time subuh. Aku rasa dalam pukul 4 atau 5 pagi kot. Lepas tu terus penguatkuasa aku tak ingat bahagian mana ntah datang serbu rumah kitaorang. Mampus sekor sekor kena ceramah pepagi buta hahahaha.

Sejak tu umah kitaorang dah kena aim. Buat kecoh sikit orang datang serbu. Hampeh tol. Kat kolej aku kira orang kenal juga. Sebabnya first datang daftar, rambut aku warna merah. Budak lain memang jenis skema sikit time tu. Dan time tu juga aku guna nama Alan. Saja tambah glamor. Terus lekat nama tu sampai lecturer dan orang ofispun panggil aku Alan hehehehe.

Sorang lagi budak nama sebenar dia shafik kot, aku tak ingat. Dia tengok aku guna nama Alan, dia pun ikut suruh orang panggil dia John hahaha. Sepanjang kat kolej tu, aku kenal 3 orang awek. Bukan couple cuma geng melepak je. Dua darinya cabut awal. Seorang Nina, sorang lagi Nisa. Nisa ni pulak suka dok sebelah aku. Tangan dia pulak merayap pegang pegang aku. Yang stay lama kat kolej namanya Siti Hajar. 3 orang awek ni memang budak KL. So kepala diaorang memang gila2 ler.

Time lepak KL ni lah aku kenal mesin kude, tonto yang salu cover pusat judi, budak pusher, tokey cd pirate sampai makcik berniaga pasar malam. Lagi satu dulu ada satu awek Filipina yang kerja rumah urut dekat umah sewa dok salu usha aku. Body dia sedap woo. Tapi aku tak layan pun sebab masa tu aku baik lagi hehehehe.

Hidup KL memang seronok untuk remaja tapi kalau takde halatuju memang akan jadi rosak. Dulu budak umah aku Apai nama dia. Datang dari Johor. Masa mula mula datang kira baiklah. Siap sembahyang lagi hahaha. Lepas tu mula berubah sikit sikit. Sampai tindik kat kening dia buat. Time awal tahun 2000 bab tindik2 kening atau lidah memang popular. Sekarang ni je aku tengok trend ni dah kurang.

Sekarang tahun 2011. Dah 10 tahun aku tinggalkan semua budak umah aku. Tak tahulah kat mana mereka sekarang. Mungkin dah jadi bapak budak sekarang. Harap dorang sukses dengan kehidupan sekarang.

5 comments:

Anisa Hang Tuah said...

laa..tak amik kontek nmber kee..

alan said...

dah 10 tahun..banyak dah hilang

Naisophon said...

Aku ada kawan masa sek menengah dulu, nama Saiful. Kami rapat, tapi kadang2 rival. Aku ting 1 masa tahun 2001. Kami classmate sampai 2003. Tapi pastu, kami lost contact. AKu masa tu mana ada phone.


2 minggu lepas, aku jumpa facebook classmate lama aku. Aku tanya, mane mamat Saiful ni?



Tup tup.. aku baru tahu saiful ni dah dua tahun meninggal. ho ho.. Aku x tahu nak wat reaksi apa.

Alan said...

sophon: sabau je lah..ajal maut tu kita tak tahu..bila bila je boley sampai.

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhh lama nyerrr aku tak jumpa kawan lama... kawan-kawan ku semua dah banyak berjaya.... malu nak jumpa diorang lahhh... ye lahhh sapa lah aku ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...