Followers

Monday, March 07, 2011

Fasha Sandha Jatuh Tersungkur


Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Kementerian Sumber Manusia menyediakan perangkaan yang tepat mengenai keperluan tenaga kerja asing di negara ini.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, langkah itu perlu dalam usaha untuk mengurangkan bilangan pekerja asing yang kini melebihi angka dua juta orang.

Tanpa menafikan mengenai kepentingan tenaga kerja asing, katanya, jumlah dua juta itu bagaimanapun dilihat telah melebihi keperluan dan ia perlu dihadkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing.

''Selain daripada mengehadkan pekerja asing, kementerian juga perlu mengetahui mengenai rekod kemasukan mereka di negara ini termasuk rekod kemalangan dan kematian dengan tepat.

''Statistik seperti ini seharusnya ada di pihak kementerian bagi menunjukkan jumlah sebenar keperluan tenaga kerja asing di Malaysia dan ia mesti selari dengan rekod yang dikeluarkan kementerian berkaitan warga asing," katanya. Utusan Malaysia

Aku setuju kerajaan perlu dedahkan dengan terperinci berapa banyak pekerja asing dibawa masuk ke Malaysia. Ini sebabnya aku tengok kehadiran orang asing kat Malaysia ni dah tak terkawal. Bersepah sepah kat Malaysia.

Terbaru ada seorang menteri ni lagi nak bawa masuk 45 ribu pekerja asing daripada India. 45 ribu tu baii. Kalau perang, senang senang je ada 45 ribu tentera musuh kat dalam negara kita. Aku tak tahulah kenapa dia ni suka sangat bawa orang asing masuk. Mungkin dia ada dapat syer kot.

2 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uiiihhhhh kalau kita berjalan-jalan di sekitar KLCC, Jalan Masjid India, Jalan TAR, Chow Kit, Petaling Street atau di mana-mana sahaja tempat di Kuala Lumpur, pastinya kita rakyat Malaysia akan terasa seolah-olah berada di negara lain. Mana taknya, kalau jalan kat mana-mana je tak sah kalau tak terserempak dengan warga Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Vietnam, Kemboja, India mahupun China. Sesuai dengan slogan Malaysia Truly Asia yang menggambarkan Malaysia sebagai negara yang multiracial dan multicultural. Kuala Lumpur menjadi syurga kepada warga asing bila tiba hujung minggu dan ketika musim perayaan. Mereka akan memenuhi di setiap sudut yang ada. Kadang-kadang naik rimas dan lemas bila terpaksa berasak-asak dengan mereka untuk menaiki LRT dan pengangkutan awam lain.

alan said...

afzainizam: tahu xpe hehehehe..ni lah jadinya bila penguatkuasaan kita terlalu longgar..cuba suruh polis check memaner warga asing yang dok melepak..mesti ramai yang takde pasport perjalanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...