KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.
“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. Metro
Perghh title entry ni berbau kelucahan. Tapi rasanya ianya adalah tepat dengan berita ni. Masyuk ler jantan tu dapat awek muda hehehe.
1 comment:
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 23 :
Maksudnya : Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu , dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapiapabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan kesan-negatif ini adalah:-
1. Hilang kepercayaan pada orang lain,
2. Takutkan hubungan intim,
3. Murung,
4. Rasa ingin bunuh diri,
5. Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri,
6. Keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah,
7. Rasa terasing dari masyarakat / keluarga,
8. Penyalahgunaan dadah,
9. Masalah pemakanan
10. Masalah personaliti dan sebagainya.
Post a Comment